Fenomena lelaki lembut ini sudah
lama berlaku khususnya di negara Barat dan mereka bebas untuk
menjalankan kegiatan mereka.
Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dan disekat, golongan ini akan
menentang kononnya ini adalah hak
asasi mereka yang tidak boleh dicabuli. Kegiatan ini juga diterima
masuk ke Malaysia tanpa dapat
disekat proses perkembangannya. Walau bagaimanapun, fenomena
golongan lelaki lembut ini menular
sedikit demi sedikit dalam kalangan
masyarakat biarpun kehadiran mereka kurang disenangi oleh kebanyakan individu.
Masalah
lelaki lembut di IPTA mula menjadi duri dalam masyarakat, khususnya apabila
golongan ini lebih berani bersuara tentang hak mereka dan melakukan tindakan
yang memalukan universiti. Masalah ini
juga menarik perhatian bekas Menteri
Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Paduka Dr Siti Zaharah
Sulaiman yang menyatakan pihak universiti harus berjaga-jaga dengan kebanjiran
lelaki lembut di menara gading. Pihak universiti juga turut bersetuju dengan
dakwaan tersebut sehinggakan golongan ini boleh menubuhkan kumpulan mereka.
Dengan
kemunculan kelompok lelaki lembut di dalam bidang akademik, ini memberikan
gambaran dan persepsi negatif kepada
masyarakat dan menjatuhkan imej universiti. Matlamat pelajar ke universiti
adalah untuk
menuntut ilmu dan memberikan jaminan masa depan yang
terbaik kepada mereka. Namun, sama ada disedari atau tidak masalah sosial
muncul dengan pelbagai budaya dan ragam dalam kalangan pelajar. Salah satunya
adalah masalah yang dibawa oleh kelompok lelaki lembut yang wujud di dalam
persekitaran pusat pendidikan ini seperti hidup bersosial dan berpenampilan
menyerupai wanita, budaya ‘pinky’ yang menjadi gaya dan trend
dalam kalangan lelaki lembut dan sebagainya.
Pelbagai
reaksi yang bersifat positif mahupun negatif diterima apabila isu pelajar
lelaki lembut dibangkitkan sama ada daripada Persatuan Mahasiswa Universiti,
pensyarah-pensyarah, media cetak dan elektronik mahupun masyarakat luar. Tidak
ketinggalan juga reaksi yang diberikan oleh individu yang tergolong dalam
kategori pelajar lelaki lembut ini. Ekoran daripada itu, penulis telah
menemubual dua orang pelajar lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ‘lelaki
lembut’ ini untuk meminta pendapat dan pandangan mereka tentang isu ini dan
menjawab persoalan ke mana hala tuju dan masa depan mereka berhubung
diksriminasi terhadap golongan ini.
Lebih
dikenali sebagai anne, 23, seorang pelajar lelaki ‘lembut’ yang mempunyai
personaliti menarik dan sifat yang menyenangkan sesiapa sahaja apabila
bersamanya. Menurut Anne, dia sangat kecewa dengan sikap dan tanggapan negatif
masyarakat terhadap mereka kerana pada pandangannya, mereka juga boleh berbakti
dan memberikan sumbangan kepada Negara, malahan dia mengatakan bahawa ada di
antara mereka lebih berjaya dalam bidang masing-masing jika dibandingkan dengan
mahasiswa-mahasiswa lain yang malas berusaha dan sentiasa memandang rendah
terhadap golongan sepertinya.
“Walaupun
golongan seperti kami masih sukar diterima masyarakat, tetapi kami sentiasa
berusaha untuk memajukan kehidupan dan membanggakan keluarga kami. Kami
sentiasa percaya kepada kebolehan diri sendiri dan cuba memperbaiki segala
kekurangan yang ada serta tidak menghiraukan tanggapan negatif masyarakat
sekeliling yang lebih suka menuding jari terhadap orang lain”, katanya.
Seorang
lagi mahasiswa ‘lembut’, Izzy, 23, yang tidak mahu gambarnya disiarkan
berpendapat masa depan golongan sepertinya tidak perlu dijadikan isu dan
masyarakat tidak perlu terus menghukum mereka kerana mereka juga mempunyai hak
untuk berjaya seperti individu lain. Katanya lagi, masyarakat perlu berfikiran
terbuka dan menerima kehadiran mereka kerana setiap manusia dilahirkan berbeza
personaliti dan tingkah laku.
“Sikap
keterlaluan masyarakat sangat mengecewakan. Sikap dikriminasi dan prejudis
mereka terhadap golongan seperti kami seolah-olah masa depan kami terletak di
tangan mereka. Walau bagaimanapun, kami sangat berterima kasih kepada Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak yang pernah memberikan ucapan bahawa golongan seperti kami
tiada masalah untuk berkhidmat dan bekerja di sektor awam”.
Masalah
mahasiswa ‘lembut’ ini terus dibincangkan oleh umum dan masyarakat semakin
bimbang terhadap masa depan dan perancangan hala tuju mereka sebaik tamat
belajar dan bergraduasi, adakah mereka berjaya mencapai masa depan yang
cemerlang seperti individu lain? Adakah nasib mereka sentiasa terus
diprejudiskan dan adakah mereka diberikan peluang untuk menonjolkan kebolehan
dan keupayaan diri mereka untuk memperoleh kepercayaan daripada masyarakat?
Kewujudan
golongan ini di universiti perlu didedahkan kepada umum, bukan bermaksud untuk
mengaibkan mereka, tetapi untuk memberi peluang kepada masyarakat membuat penilaian yang sewajarnya terhadap
fenomena ini dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap nasib golongan minoriti
ini supaya golongan mahasiswa ini tidak merasa diri mereka dipinggirkan atau
disisihkan sepertimana yang mereka rasa dan alaminya
sebelum ini. Di samping, pihak
universiti perlu membuat pemantauan terhadap segala kegiatan dan aktiviti yang
mereka jalankan serta tidak wajar
menunjukkan sikap negatif terhadap golongan ini. Sebaliknya, perlu bersikap
terbuka dan pada masa yang sama boleh
memainkan peranan untuk membawa mereka kepada perubahan diri secara hikmah dan
toleransi agar mereka memperoleh masa depan yang terjamin selepas tamat belajar
kelak.
Kewujudan kumpulan minoriti ini
semakin berleluasa dan membimbangkan. Ini telah dibuktikan melalui laporan
media massa dan juga kajian ilmiah yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji
masyarakat berkaitan dengan kecelaruan gender. Sekiranya isu ini tidak dilihat
secara terperinci, dikhuatiri yang ia akan merebak menjadi masalah sosial yang
lebih serius.Akibatnya, akan wujud kesan buruk terhadap masyarakat daripada
pelbagai aspek seperti aspek moral, sosial, kesihatan, keagamaan, perundangan
dan ekonomi.