SHAH ALAM - Usah bertentang mata dengannya, imejnya seakan-akan seorang penyanyi terkenal yang menjadi fenomena besar di Malaysia.
Tentu sahaja akan ada yang menggangguk setuju kalau jejaka berusia 22 tahun ini kita samakan dengan Maher Zain.
Dengan wajah seakan-akan jejaka Arab, bentuk badan dan imej yang hampir sama, pemilik nama Muhammad Ammar Hamdan ini boleh dikatakan Maher Zain Malaysia kerana kedua-duanya berada dalam bidang yang sama.
Ammar Hamdan? Pelbagai persoalan berada dalam fikiran anda siapakah jejaka ini. Namun, namanya tiba-tiba menjadi perbualan ramai sejak awal tahun ini. Lagu nyanyian dan hasil nukilannya, Cubalah Cinta dicalonkan dalam Anugerah Nasyid yang berlangsung baru-baru ini.
Melihat namanya sebaris dengan nama-nama besar dalam industri nasyid, Ammar berasa kerdil namun inilah masa bagi Ammar untuk mempertaruhkan bakat yang dimilikinya. Jangan dipersendakan bakatnya kerana dalam diam beliau menyusun langkah untuk menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air.
Perjuangan seni Ammar bermula apabila beliau memuat naik single pertamanya ‘Just Keep Believing’ di lama sosial Youtube. Respon yang baik dari orang ramai telah menjadi pemangkin untuk Ammar terus pandang ke hadapan merencanakan masa depannya dalam bidang ini. Bergerak sendiri, Ammar mengambil nasihat dan panduan dari mereka yang berpengalaman dalam industri untuk memulakan langkahnya sebagai penyanyi.
Selayaknya sebagai orang baru, populariti masih samar untuk diraih oleh jejaka berkulit cerah ini kerana perjalanan itu masih jauh. Apatah lagi Ammar hanya bersandarkan kepada beberapa buah lagu.
“Saya tahu perjalanan saya baru bermula tetapi saya mahu mengubah dan memberi satu fenomena baru dalam industri nasyid tanah air.
“Konsep yang saya cuba bawakan jarang ada di Malaysia iaitu berteraskan ketuhanan atau inspritual”, tambahnya lagi.
“Sekolah Menengah Kebangsaan Mahaad Hamidiah merupakan permulaan tapak saya bergiat dalam bidang nyanyian.
“Saya merupakan generasi ke-14 kumpulan Mirwarna yang juga perintis kepada kumpulan tersebut,” tambah Ammar.
Apabila ditanya mengenai keinginan untuk bernaung di bawah syarikat rakaman agar kerjaya lebih terancang, Ammar tetap dengan pendiriannya.
“Bernaung atas kaki sendiri tanpa syarikat rakaman membolehkan saya untuk lebih bebas berkarya dalam menerapkan idea-idea saya dalam lagu.
“Saya diuruskan oleh bapa sendiri, Encik Hamdan yang tahu apa yang terbaik untuk kerjaya dalam bidang ini”.
Memegang status sebagai seorang pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), bukanlah sesuatu yang mudah bagi untuk Ammar membahagikan masanya. Namun Ammar cuba yang terbaik agar pelajarannya tidak terganggu.
“Alhamdulillah, saya berjaya mencapai keputusan yang baik pada semester lepas. Akhirnya, saya dapat membuktikan bahawa bidang nyanyian bukanlah satu beban,” katanya lagi.
Ditanya mengenai kritikan orang yang bakal menyamakan dirinya dengan Maher Zain dari segi imej dan konsep muzik, Ammar begitu optimis dengan kritikan yang bakal diterima.
“Maher Zain ialah idola saya tetapi saya ingin dikenali sebagai Ammar Hamdan yang memperjuangkan muzik nasyid tanah air.
“Saya mahu peminat menerima dakwah-dakwah yang saya cuba sampaikan melalui isi kandungan yang tersirat di dalam setiap penyampaian lagu,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai album yang sedang dalam pembikinan, Ammar kini sedang sibuk menyiapkan album pertamanya yang dalam pembikinan. Album yang bakal mengandungi 8 buah lagu di dalamnya sedang dalam proses rakaman bakal dilancarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Dengan harapan agar muzik dan kewujudannya dapat diterima ramai, Ammar memohon sokongan ramai agar beliau dapat memperjuangkan industri muzik nasyid.
Wartawan: Nuraina Hanis Abd Halim

Ammar Hamdan lebih selasa berborak di kedai secara santai dan seorang yang rendah diri. |

0 comments:
Post a Comment