Profil
Nama : Haslah Hj. Hasan
Umur : 47 tahun
Tarikh lahir : 5 April 1965
Status : Berkahwin
Kelulusan : Sarjana Muda Sains Sukan (Universiti Malaya)
SHAH ALAM - Tiada siapa mampu menolak getaran auranya yang berjaya membawa pasukan boling padang Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul antara gergasi boling padang di peringkat universiti di negara ini.
Haslah Hassan, bukanlah nama asing dalam arena sukan boling padang Malaysia. Beliau yang pernah mewakili skuad kebangsaan dari 1995-2006 mencipta pelbagai kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa terutamanya selepas memenangi pingat gangsa dalam acara berempat sepasukan pada sukan Komanwel 1998 di halaman sendiri.
Kini, beliau gigih mencurahkan bakti membangunkan bakat baru sukan tersebut di UiTM. Tidak lokek berkongsi pengalaman, Haslah kini boleh berpuas hati kerana berkat kerja keras beliau mula membuahkan hasil.
Ikuti temu bual wartawan, Nurliyana Farhah Ruslan bersama Haslah Hassan bagi berkongsi cerita Pegawai Belia dan Sukan ini yang turut bertindak sebagai jurulatih pasukan boling padang universiti.
Apa perkembangan terbaru skuad boling padang UiTM?
Tahun ini boleh dikatakan permulaan yang baik untuk pasukan ini setelah kita menjadi Juara Keseluruhan Majlis Sukan Malaysia (MASUM) bagi kategori lelaki dan wanita dan Langkawi International Tournament pada tahun lalu. Kita juga mewakili Malaysia ke Hong Kong dengan menghantar empat sepasukan wanita dalam acara. Tahun ini skuad boling padang meraih tempat ketiga dalam empat sepasukan dalam Kejohanan Harimau Cup yang dianjurkan oleh Pesatuan Boling Padang Malaysia.
Apa yang anda lihat mengenai prestasi pasukan boling padang serta cabaran yang menanti tahun ini?
Saya lihat tahun 2012 adalah tahun mencabar buat pasukan boling padang kerana ingin mengekalkan emas pada kejohanan Majlis Sukan Malaysia (MASUM) dan Kejohanan Antarabangsa Langkawi lalu. Tambahan, untuk pertandingan ini, kita akan bersaing dengan pasukan hebat seperti Hong Kong, Singapore, Filipina dan Brunei. Saya memandang positif dengan prestasi yang dintunjukan anak buah saya dengan memperlihatkan ketekuan mereka berlatih.
Bercerita mengenai tekanan sebagai seorang jurulatih, sejauh mana anda berdepan dengan situasi begini?
Tekanan sentiasa ada setiap kali menghadapi perlawanan tetapi saya menukarkan tekanan kepada sesuatu yang postif. Sebagai contoh ketika sesi latihan, tidak semua pemain dapat turun padang atas kekangan jadual belajar mereka. Bagi saya, sikap tolak ansur dan komitment yang tinggi amat diperlukan untuk memastikan setiap pemain dapat turun berlatih sekurang kurangnya dua kali dalam seminggu.
Apa yang penting adalah ketekunan dan rahsia untuk menjadi pemain terbaik adalah dengan melakukan latihan dan disiplin yang kuat serta ketepatan masa diperlukan. Ini kerana, boling padang adalah permainan yang memerlikan konsterasi yang tinggi dan minda seorang pemain perlulah kuat.
Bagaimana anda berdepan dengan kekalahan?
Menang kalah adalah adat permainan. Kata-kata yang saya pegagng, ‘kalah tidak semestinya kalah sampai bila-bila’. Apabila kita tewas dalam satu permainan, saya akan pastikan ia menjadi pembakar semangat kepada anak buah saya untuk terus bersaing pada kejohanan yang lain.
Bagi saya, jika kita kalah biarlah dalam keadaan bermaruah. Dalam permainan ini ada 4L iaitu love, line, law dan luck. Sekuat mana kita tetapi jika tuah itu tidak ada maknaya ia bukan rezeki kita. Tetapi ini tidak bermakna pemain boleh mengambil mudah. Semagat serta azam yang jitu perlu ada dalam setiap pemain.
Haslah Hassan bermain untuk Malaysia dalam Sukan Sea di Filipina. |
Apakah harapan terbesar dan perancangan masa depan anda?
Tentu sebagai jurulatih kita mempunyai cita-cita untuk meneruskan kecemeralangan skuad boling padang UiTM dan nama UiTM tidak akan hilang dalam senarai pasukan terbaik Majlis Sukan Malaysia (MASUM). Sasaran saya untuk mencapai pingat emas pada kejohanan MASUM Siri Kedua, Kejohanan Antarabangsa Langkawi bulan Oktober ini. Skuad boling padang juga sudah bersedia dengan muka baru yang akan diberi bimbingan agar dapat terus membawa nama UiTM ke persada antarabangsa.
Wartawan: Nurliyana Farhah Bt Ruslan
Wartawan: Nurliyana Farhah Bt Ruslan
0 comments:
Post a Comment