Home » » Kami yakin 80% akan ke peringkat akhir - Zambri

Kami yakin 80% akan ke peringkat akhir - Zambri

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday, 24 April 2012 | 24.4.12

SHAH ALAM - Jurulatih skuad ragbi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lions, Zambri Abdul Kahar yakin 80% dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka apabila berjaya menundukkan skuad ragbi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada musim lalu dalam Kejohanan Sukan Universiti Malaysia (MASUM) tahun ini.

Menurut Zambri, pasukan ragbi UiTM telah membuat persediaan yang mantap dan rapi untuk mempertahankan emas yang dimenangi musim lepas.

“Kami masih akan menggunakan strategi yang sama untuk mempertahankan emas musim lalu dan kami mempunyai keyakinan 80% untuk melangkah kaki ke final MASUM akan datang” kata beliau ketika ditemui pemberita semasa perlawanan ragbi melibatkan UiTM di Padang Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini.

Selain itu, Zamri juga akan berhubung dengan setiap unit sukan UiTM cawangan untuk memilih pemain-pemain yang paling terbaik dan berbakat dari setiap cawangan untuk memperkuatkan lagi pasukan ini tidak hanya tertumpu kepada pemain yang sedia ada di Shah Alam sahaja.

Tambahan pula, dengan persiapan rapi yang dibuat oleh Zamri bersama pusat sukan UiTM untuk menggabungkan para pemain dari setiap cawangan tidak akan menjejaskan prestasi pemain-pemain tersebut walaupun mereka digabungkan dalam masa yang singkat kerana setiap daripada mereka mempunyai disiplin, kemahiran, dan pengalaman dalam sukan ragbi ini.

“Pemain tidak mempunyai masalah dari segi persefahaman kerana setiap daripada mereka mempunyai disiplin dan kemahiran yang tinggi, dan pengalaman yang luas dalam sukan ragbi jadi mereka faham arahan yang diberi dan tahu apa yang mereka perlu lakukan” tambahan beliau.

Dari segi sambutan, sokongan yang diberi kepada pasukan ragbi UiTM amat suram kerana ragbi masih belum lagi menarik minat para pelajar UiTM walaupun mempunyai pencapaian cemerlang dikalangan pasukan universiti mahupun liga professional.

Kebanyakan sokongan yang diberi hanya datang daripada teman rapat, kenalan, dan peminat sukan ini sahaja bukannya secara menyeluruh seperti yang diharapkan.

“Pihak pusat sukan UiTM telah melakukan beberapa strategi untuk memperkenalkan sukan ragbi ini dikalangan pelajar dengan menganjurkan beberapa kejohanan sukan yang mempunyai sukan ragbi seperti Sukan Antara Fakulti (SAF), Sukan Kolej (SUKOL) dan sebagainya” kata Zambri.

Disamping itu juga, pasukan ragbi UiTM mencatat sejarah baru apabila menjadi pasukan universiti pertama yang layak untuk bertanding dalam Liga Super MRU dan Zamri berharap agar pasukan ragbi UiTM ini akan dapat mengharungi cabaran yang diberikan oleh kelab ternama seperti COBRA, NS Wanderers, Keris Conlay, dan sebagainya.



Wartawan: Mohd Fadzli Mohd Farid
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger