Gambar hiasan |
SHAH ALAM - Baucher Buku Satu Malaysia (BB1M ) yang di keluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi telah di salah gunakan. Inisiatif ini yang di rangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Seperti yang di maklumkan bahawa buku-buku pengajian yang menelan belanja sehingga beratus ringgit itu tidak mampu di perolehi oleh para pelajar khususnya golongan yang berpendapatan rendah.
Walaubagaimanapun, usaha Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ini haruslah di puji kerana membantu rakyat malaysia khususnya pelajar IPT yang memerlukan bantuan dari segi keperluan pembelajaran seperti buku pengajian, buku rujukan, alat tulis, dan kamus bahasa.
Baucher buku ini yang bermula bagi sesi 2012, di mana sah di gunakan selama 3 bulan sahaja iaitu pada 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
Namun begitu, terdapat banyak dakwaan tentang penyalahgunaan baucher tersebut termasuklah membeli makanan ringan, novel, speaker dan sebagainya. Malah ada juga pelajar yang tidak bertanggungjawab melelong baucher tersebut di mudah.com dan facebook.
Penulis sendiri berpeluang mengintai dan mengambil komen-komen orang awam di blog yang berkaitan dengan isu ini. Ramai orang awam yang marah apabila isu baucher buku ini di salah gunakan oleh pelajar IPT kerana tidak memanfaatkannya ke jalan yang betul.
Bahkan, baucher buku tersebut bukan sahaja boleh di gunakan untuk membeli buku akademik sahaja malah buku-buku rujukan yang di luar bidang pembelajaran juga boleh di beli oleh pelajar IPT untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang ada.
Walaubagaimanapun, menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kes seumpama ini sukar untuk di pantau kerana bilangan yang melakukan kesalahan tersebut adalah kecil berbanding 1.3 juta yang layak menerima insentif berkenaan.
Baucher RM 200 itu mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti nombor siri reka bentuk Guilloche dan cetakan terbalik dengan menggunakan kertas keselamatan bagi mengelakkan di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Di samping itu, kedai buku yang terpilih seperti kedai buku popular dan MPH di bawah skim BB1M disarankan memberikan potongan harga kepada pelajar IPT yang memiliki baucher tersebut bagi merancakkan pembelian, menarik minat pelajar untuk menambahkan keperluan barangan akademik yang diperlukan serta jenis bahan rujukan yang boleh di beli.
Sementara itu ada juga pelajar yang memilih dan memanfaatkan baucher tersebut dengan sebaik mungkin mengikut keperluan yang diperlukan. Kebijaksanaan pelajar memilih bahan rujukan bagi tujuan akademik pada harga RM 200 adalah penting kerana bagi mengelakkan pembelian yang kurang tepat mengikut kehendak bidang pengajian.
Pelajar yang layak menerima insentif ini boleh berbincang dengan rakan sekuliah untuk tidak memilih bahan rujukan yang sama bagi memperbanyakkan bahan rujukan dan menyenaraikan bahan rujukan akademik tersebut sebelum membuat pembelian.
Penulis sendiri melihat ada sekumpulan pelajar yang mengira menggunakan telefon bimbit masing-masing setelah memilih barang-barang yang diperlukan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan terlebih dari nilai yang diperuntukan.
Selain itu, baucher tersebut mempunyai 4 keping yang bernilai RM 50 bagi setiap satu keping, jika pelajar menggunakan hanya satu keping iaitu RM 50 tetapi mempunyai belian sebanyak sekurang-kurangnya RM 60 pelajar tersebut boleh menambah dengan menggunakan wang tunai.
Namun begitu, ramai juga pelajar yang masih tidak menggunakan baucher tersebut walaupun sudah mengambilnya. Oleh sebab itu, Kementerian Pengajian Tinggi melanjutkan tempoh penggunaan baucher buku tersebut sehingga hujung bulan April 2012.
Penulis berharap insentif BB1M ini akan terus di lanjutkan untuk semester yang akan datang bagi meringankan beban pelajar untuk membeli buku akademik dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pelajar yang menjual baucher tersebut ke laman sosial di blog, facebook dan twitter.
Wartawan: Nurul Halifah Hamiruddin
0 comments:
Post a Comment