Gambar hiasan |
SHAH ALAM - Bak kata pepatah bermula dari mata turunlah ke hati, itulah ungkapan yang sering kita gunakan bagi melambangkan keistimewaan dan daya penarik si empunya mata yang sering menggoda saat mata bertentang mata.
Tidak hairanlah jika remaja dan wanita masa kini berlumba-lumba membeli kanta lekap pelbagai warna dan jenama malah sanggup berhabisan wang semata-mata ingin memiliki sepasang mata yang cantik demi kelihatan menawan di khalayak umum lebih-lebih lagi di hadapan sang jejaka.
Kini sesiapa sahaja boleh memiliki kanta lekap dengan kini menawarkan pelbagai pilihan warna yang menarik untuk digayakan oleh si pemakai. Kanta lekap kini bukan sahaja menjadi pilihan individu yang mempunyai kecacatan refraksi malah ia sudah menjadi satu keperluan bagi individu yang ingin kelihatan berbeza dan bergaya.
Hakikatnya dengan lambakan penjualan kanta lekap di pasaran yang dijual secara dalam talian mahupun di pasaran luar, kini ia semakin menjadi kegilaan ramai remaja dan wanita yang ingin mendapatkannya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di stokis penjagaan mata yang sah. Tetapi pengguna harus diingatkan, dalam keghairahan memiliki kanta lekap pelbagai warna, kualiti dan penjagaan kanta lekap harus di titik beratkan supaya tidak memudaratkan pada jangka panjang.
Kanta lekap merupakan salah satu alat bantuan alternatif yang digunakan untuk memperbetulkan kecacatan refraksi. Menurut kajian yang dilikukan oleh Optometric Vision Research foundation mendapati individu yang memakai kanta lekap akan menggangu metabolism kornea, perubahan yang telah dilaporkan termasuk glukosa dan kesusutan glikogen dan dapat meningkatkan tahap asik laktik.
Kanta lekap mula diperkenalkan oleh seorang Optometris New York, William Feinbloom pada tahun 1936. Rekaan kanta lekap yang pertama di perkenalkan dengan penggunaan kanta plastic pertama di Amerika
Pada tahun 1960, Otto Wichterle dari Czechoslovakia telah menginovasi bahan yang digunakan unutk kanta lembut yang pertama. Kanta jenis ini bersifat lembut, hidroflilik iaitu menyerap air, penggunaan plastic pula diperkenalkan sebagai polymacon.
Dalam temubual bersama Pegawai Optometri dan perunding kanta lekap (UKM) Kamaliah Ismail, pengguaan kanta lekap juga adalah sebagai salah satu cara perubatan untuk menutupi kecacatan dan parut di mata malah ia juga digunakan untuk perlindungan daripada beberapa jenis masalah kornea.
“Kanta lekap juga dilihat sebagai trend untuk dijadikan eksesori kecantikan mata bagi pelengkap gaya remaja dan wanita kini. Ia bukan sahaja mudah digunakan tetapi ia juga membuatkan seseorang individu itu selesa untuk melakukan aktiviti lasak tanpa sebarang gangguan dengan pemakaian cermin mata, “ katanaya.
Sehubungan itu, pengguna harus di ingatkan supaya berwaspada dengan penggunaan kanta lekap terutamanya dari segi penjagaan kebersihan. Jika pengguna mengabaikan langkah-langkah penjagaan kanta lekap yang betul ia boleh mengakibatkan pembiakan bakteria dan boleh mengundang ulser kornea dan menyebabkan punca kebutaan.
Menurut Kamalizan, tidak salah jika ingin tampil bergaya dengan penggunaan kanta lekap tetapi pengguna haruslah bijak memilih kanta lekap yang berkuality dan seharusnya menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu oleh Optometris bagi mengelak sebarang jangkitan atau alahan.
Dalam pada itu, Optometris juga akan memastikan kesesuaian ukuran mata si pemakai serta mendapatkan keselesaan memakai kanta lekap tersebut terlebih dahulu.
Mengikut Akta Optik 1991, hanya juruoptik atau Optometris bertauliah yang berdaftar dan berlesen sahaja boleh mengesyorkan dan memberikan preskripsi kanta lekap. Sehubungan itu, pembelian kanta lekap sekain daripada juruoptik dan optometris adalah tidak diperakui kualitinya dan keaslian kanta itu, jelasnya.
Oleh itu, janganlah hanya ingin tampil bergaya dan cantik sahaja tetapi mengabaikan penjagaan kanta lekap dan membeli kanta lekap yang berkualiti rendah. Keputusan membeli kanta lekap dan risikonya adalah terletak pada anda. Jadilah pengguna yang bijak agar tidak menyesali di kemudian hari. Hargailah anugerah pancaindera yang kita miliki sebaik-baiknya kerana mata adalah nikmat tuhan yang paling berharga.
Wartawan: Nor' Azah Sukarno
0 comments:
Post a Comment