Kosong... Beginilah keadaan khemah yang telah dikosongkan peniaga kerana kurang mendapat sambutan daripada pengunjung karnival. |
SHAH ALAM - “Kami amat kecewa dengan Karnival Usahawan anjuran Non Resident ini”, begitulah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa peniaga di Karnival Usahawan baru-baru ini.
Puratanya , hampir 30% peniaga di Karnival Usahawan menutup gerai mereka pada hari kedua penganjuran Karnival Usahawan 2012 yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Non Residen (NR) berhadapan Pasaraya Giant, Pusat Komersial, Seksyen 7 yang telah diadakan selama 3 hari berturut-turut.
Karnival Usahawan 2012 itu dianggap gagal kerana tidak mendapat sambutan dari orang ramai terutamanya pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM). Program anjuran NR ini bertujuan untuk menggalakkan orang luar dan usahawan muda terutamanya mahasiswa bagi menceburi bidang keusahawanan.
Namun, ternyata bilangan peniaga melebihi bilangan pengunjung dan menyebabkan beberapa peniaga gulung tikar pada hari pertama penganjurannya.
Usaha pihak penganjur untuk mempromosikan karnival ini kurang memuaskan dan kemudahan yang disediakan juga amat mengecewakan sesetengah peniaga kerana mereka terpaksa berniaga dalam keadaan panas dan gelap.
Menurut Abdul Razak bin Shahabudin, 42, dari hari pertama karnival ini berlangsung hingga hari terakhir, bilangan orang ramai yang mengunjungi karnival ini hampa dimana bilangan pengunjung amat kecil berbanding karnival yang disertainya dulu.
“ Saya menjangkakan bilangan pengunjung mencecah ratusan orang kerana kedudukannya agak strategik, namun sangkaan saya meleset”, katanya.
Zaaba bin Mohd, seorang pesara kerajaan berpendapat promosi yang kurang berkesan merupakan faktor utama karnival ini tidak mendapat sambutan, ini telah memberi impak besar kepada peniaga kerana mereka tidak mampu memperoleh pulangan modal dan membayar sewa khemah.
Tambah beliau lagi, pihak penganjur seharusnya menguatkan lagi promosi dan sepatutnya memastikan jumlah sebenar gerai yang terlibat terlebih dahulu supaya tidak ada khemah yang kosong untuk mengelakan kekeliruan di kalangan peniaga dan pengunjung.
Rasa kekecewaan juga disampaikan oleh salah seorang pengunjung, Nur Suziela binti Zulkernain, pelajar Fakulti Undang-Undang, 23, berkata, karnival kali ini amat mengecewakan kerana bilangan peniaga tidak mampu mencecah 20 orang.
Karnival yang diadakan pada 23 hingga 25 Mac 2012 sepatutnya dilihat sebagai platform terbaik kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan. Antara gerai yang terlibat adalah gerai menjual makanan, aksesori wanita dan lelaki, pakaian, pameran kereta Perodua dan Proton, mini pesta buku. Artis yang hadir bagi memeriahkan karnival tersebut ialah Sham kamikaze, Dakmie dan Huffaz Generation.
0 comments:
Post a Comment