Peserta bersiap sedia untuk menjayakan gotong royong 'Transformation toward Zero Dengue' |
SHAH ALAM - Usaha yang dilakukan oleh pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam dalam membanteras wabak denggi di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah memberikan kesedaran kepada penduduk untuk mencegah ia daripada berlanjutan.
Program gotong-royong ini mendapat usahasama daripada komuniti Pusat Komersial Seksyen 7, pusat kesihatan dan balai polis Seksyen 6 telah memberikan pelbagai input berguna kepada peserta dan penduduk tentang bahayanya wabak ini.
Penghuni Pusat Komersial yang kebanyakkannya terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Shah Alam merupakan kawasan yang mencatatkan kes Denggi tertinggi pada tahun 2011 dan ianya masih berlarutan sehingga Mac 2012.
Setakat ini, kawasan Subang, Petaling Jaya dan Shah Alam mencatatkan rating paling tinggi sebanyak 112 kes. Manakala Pusat Komersial mencatat dua kes kematian dan ini menyebabkan tempat ini menjuarai carta kes denggi tertinggi di Selangor.
Peningkatan kes wabak denggi yang semakin menular ini terutamanya dalam kalangan mahasiswa UiTM perlu dititikberatkan. Dengan itu, program ini telah dilaksanakan supaya dapat memberi kesedaran serta impak yang positif bagi merealisasikan kempen ini.
Puan Sarimah Lisut, wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3 berkata, langkah pencegahan perlu diambil serius memandangkan jumlah kematian akibat denggi terus meningkat di seluruh negara.
Menurut Nurul Husna Salleh selaku pengarah program, tema program ini untuk memastikan tiada lagi tempat pembiakan nyamuk di samping menyedarkan orang ramai yang kurang ilmu mengenai denggi ini.
Setiap peserta yang terdiri daripada pelajar UiTM telah dibahagikan mengikut kumpulan serta dibekalkan dengan ubat membunuh jentik-jentik yang akan diletakkan pada setiap rumah yang terlibat untuk dibersihkan.
Sehubungan itu, setiap penduduk diminta menjaga kebersihan kawasan persekitaran mereka supaya wabak denggi ini tidak dapat membiak dan dapat dielakkan sebelum terlambat.
Turut serta dalam menjayakan kempen ini adalah dari Unit Non Resident UiTM, Pusat Kesihatan UiTM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD) dan Badan Pengurusan Bersama Penduduk (Seksyen 7), program ini juga turut melibatkan pelajar UiTM dari setiap fakulti.
0 comments:
Post a Comment