Home » » Sikap Pemandu Punca Kesesakan Lalu Lintas

Sikap Pemandu Punca Kesesakan Lalu Lintas

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 9 November 2010 | 9.11.10

Sesak... Pemandu berebut untuk ke destinasi


SHAH ALAM: Sikap degil dan ingkar para pelajar yang suka meletakkan kereta sesuka hati menyebabkan kesesakan lalu lintas yang terus mengundang kesesakkan terutamanya pada waktu puncak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, disini.

Sikap pelajar semakin menjadi-jadi dengan meletakkan kereta sesuka hati menyebabkan kesesakkan lalu lintas yang berlaku hampir setiap hari.

Menurut Ketua Seksyen Trafik, Mohd Tarmizi Abdul Rahman, pelajar lebih fokus meletakkan kenderaan terutama di tempat letak kereta di kolej melati yang tidak berpalang dan kolej mawar yang lebih dekat dengan kelas kerana mahu cepat.

Beliau juga memberitahu bahawa tempat letak kenderaan di parkir kolej melati merupakan parkir yang disediakan untuk pelawat yang datang, tetapi, ia telah di salah guna oleh para pelajar dengan meletakkan kenderaan mereka di situ.

“Takkan pelawat yang datang kena letak kenderaan mereka di padang kawad dan terpaksa naiki bas untuk ke tempat yang di tuju. Bas hanya disediakan untuk pengguna seperti pelajar bukan untuk pelawat, dan sebab itulah pelajar disediakan jumlah bas yang banyak,” katanya.

Bagi kemudahan pelajar, parker di kolej melati dan kolej mawar, di belakang kolam renang serta di kolej seroja telah diberi kepada pelajar bagi menampung kenderaan mereka.

Beliau berpendapat bas UiTM perlu di perbanyakkan serta jadual pergerakkan yang efisyen bagi menampung jumlah pelajar yang terlalu ramai ini dan dapat mengelak kesesakkan lalu lintas yang berlaku.

Pelajar dinasihati tidak meletakkan kenderaan di pintu palang setiap fakulti kerana ia menyukarkan pensyarah untuk keluar masuk dan setiap pelajar yang didapati ingkar akan di saman serta merta.

Selain masalah kesesakkan lalu lintas, terdapat juga masalah terpencil seperti kemudahan ‘access card’ yang hanya diberikan kepada pelajar PLK, PJJ, sarjana dan doktor falsafah telah disalahgunakan oleh pelajar Ijazah, namun ia dapat dipantau awal oleh pihak keselamatan.

Selain itu, Tarmizi juga memberitahu penampalan pelekat kereta UiTM akan di kuat kuasakan selepas 20 Ogos setelah permohonan ditutup.

Semua pelajar dinasihat mempamerkan pelekat kereta selepas tarikh yang diberikan jika tidak tindakan saman akan dikenakan.
Share this article :

2 comments:

Anonymous said...

salams....but is the punishment method as to saman the student deter and prevent them to do same offence twice?
lets face it...rm25 of saman is nothing to most of them.

rosnizan.hanabiey said...

agak2 la der..nk naikkan saman pon..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger