Home » » Jenayah pecah rumah

Jenayah pecah rumah

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12



Rukun tetangga kawasan perumahan di Jalan Kristal, Seksyen 7 sepakat mengadakan rondaan di malam hari secara bergilir-gilir pada malam terpilih bagi mengekang masalah jenayah rompakan yang dikatakan kerap berlaku akhir-akhir ini, tambahan lagi ketika ini adalah merupakan musim cuti persekolahan dan kebanyakan penduduk serta masyarakat perumahan berkenaan meninggalkan rumah mereka untuk satu tempoh masa yang lama seperti bercuti pulang ke kampung, melancong mahupun menghadiri majlis keramaian.
            Punca masalah pecah rumah ini adalah dikatakan bermula apabila banyak projek perumahan yang sedang dinaikkan di kawasan kediaman Seksyen 7, Shah Alam ini.  Apabila diamati kebanyakan pekerja-pekerja projek perumahan di kawasan tersebut adalah merupakan pekerja yang terdiri daripada pelbagai bangsa asing seperti Indonesia, Bangladesh serta Vietnam.
            Akibat terlalu banyak projek perumahan dinaikkan di kawasan dan sekeliling kediaman Seksyen 7 tersebut, angka jenayah pecah rumah meningkat dengan ketara dan menyebabkan penduduk kawasan perumahan tersebut risau dengan keselamatan mereka terutama anak-anak mereka yang masih kecil dan gemar bermain di luar kawasan perumahan mereka di waktu musim cuti persekolahan ini.
            Selain masalah jenayah pecah rumah, terdapat juga pelbagai masalah jenayah lain boleh berlaku akibat kebanjiran pendatang asing tanpa izin di kawasan perumahan Seksyen 7 ini, masalah seperti penculikan, ragut, pergaduhan dan sebagainya mungkin boleh berlaku melibatkan warga asing yang mungkin tidak mempunyai permit pekerja dalam negara yang sah.
            Dipercayai kebanyakan warga asing yang terlibat dengan aktiviti jenayah di dalam negara ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai permit kerja yang sah, dan ini menyebabkan kesukaran bagi pihak polis untuk mengesan dan menjejaki pesalah laku jenayah yang melibatkan warga asing tanpa izin ke negara ini.
            Seperti beberapa kes sebelum ini, terdapat beberapa jenayah rompakan telah berlaku di kawasan perumahan yang melibatkan mangsa terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang juga merupakan penyewa rumah di kawasan perumahan Jalan Kristal, Seksyen 7 tersebut. 
Rompakan tersebut dikatakan menggunakan ilmu pukau yang kebiasaannya digunakan oleh warga asing yang datang dan menetap di negara ini dan mengamalkan ilmu hitam tersebut bagi menjalankan aktiviti jenayah mereka bagi memecah masuk rumah penduduk di kawasan perumahan. 
Selain daripada jenayah seperti itu, terdapat juga jenayah kecil yang dilakukan oleh warga asing ini di mana mereka mencuri selipar mahupun kasut penduduk perumahan di kawasan tersebut yang diletakkan di luar rumah mereka, ini terjadi apabila pencuri memasuki kawasan perumahan dengan hanya memanjat pagar rumah penduduk, kegiatan ini dapat dikesan dengan tertangkapnya seorang warga Indonesia yang cuba untuk mencuri kasut di salah sebuah rumah di kawasan tepi tasik Seksyen 7 ini bulan lepas.
 Selain pelajar UiTM, pelajar Unisel juga adalah merupakan antara penghuni yang mendiami rumah di Seksyen 7 tersebut, seharusnya sebagai seorang pelajar, kita juga digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan oleh masyarakat dan penduduk setempat bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan bersama.
Jenayah pecah rumah serta jenayah berbahaya lain yang berlaku di kawasan perumahan mungkin dapat dielakkan jika setiap anggota masyarakat dapat memainkan peranan mereka sebaiknya, lebih-lebih lagi dengan penglibatan daripada semua pihak dalam memastikan keadaan kawasan perumahan yang didiami berada dalam keadaan yang selamat.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger