Home » » Denda buang sampah RM1,000!

Denda buang sampah RM1,000!

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12



Kegiatan membuang sampah kemerata tempat amat membimbangkan samaada para rakyat atau pihak yang tertentu. Lihat sahaja tasik di sekitar seksyen 7 Shah Alam. Kotor dan busuk! Tidak ada selera untuk beriadah dan bersenam dengan keadaan sekeliling yang sebegitu.

Tiba-tiba Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung mengumumkan denda sehingga RM1,000 ke atas mereka yang membuang sampah merata-merata. Manakala itu, syarikat swasta, pemegang konsesi dan individu yang membuang sampah secara haram dalam kuantiti besar seperti sisa binaan, makanan dan bahan industri pula boleh didenda RM 100,000 bagi setiap kesalahan!

Menurut menteri, peraturan tegas itu terkandung dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) yang dijangka dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Denda sehingga RM1,000 kerana membuang sampah merata-rata dan sehingga RM100,000 kerana membuang sampah dalam kuantiti besar memang sangat luar biasa bagi standard Malaysia.

Belum pernah denda sebesar ini dikenakan dan kesungguhan pihak berkuasa mengambil tindakan sedemikian tegas ke atas mereka yang boleh dikategorikan sebagai pengotor memang satu pelan tindakan “bercita-citabesar.”

Berbalik kepada sekitar Shah Alam ini, ramai jugapelajar yang tidak mengetahui akan keburukan membuang sampah. Bagaimana agaknya pandangan masyarakat terhadap berita ini? Adakah mereka akan berasa takut untuk membuang sampah merata-rata kerana bimbang kena saman sehingga RM1,000.

Masalah kebersihan dan amaran saman kepada pengotor bukan isu baru kerana sudah bertahun-tahun isu ini disebut, didebat kemudian sepi. Sesekali pihak berkuasa tempatan melancarkan kempen kebersihan dan pegawai penguatkuasa memantau kawasan sekeliling bagi memastikan orang ramai menjaga kebersihan persekitaran. Sesekali saman kepada pengotor dikenakan tetapi saman dan kempen sedemikian selalunya bersifat bermusim. Jadi bagaimana sekarang?

Ada masanya kasihan melihat pegawai penguatkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka tetapi usaha mereka mungkin berakhir dengan rasa kecewa. Mereka komited melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan mengeluarkan surat saman untuk mendisiplikan masyarakat tetapi berapa kali usaha mereka berakhir dengan hasrat sebenar melaksanakan penguatkuasaan undang-undang?

Jadi sama-samalah kita berganding bahu ke arah hidup yang lebih bersih dan sihat. Sama-samalah kita menjaga kebersihan Shah Alam untuk kebaikan kita bersama juga.

Ini kerana segala yang berlaku, adalah tanggungjawab kita bersama tanpa mengira siapa yang memulakan dulu atau siapa yang tidak melakukannya. Kita hidup bersama dan harus berkejersama bersama bagi menjamin kesejahteraan bersama.
Share this article :

2 comments:

Anonymous said...

Saya tak buang sampah merata-rata, tapi dalam tong sampah yang disediakan di pasar kajang. Kena jugak denda RM1000. Tak banyak pun 3 plasitk saje. Tapi MPKj hanya menurunkan kompaun ke rm750.

Agaknya pihak berkuasa Shah Alam akan saman rm1000 jugak ke kalau buang sampah ke dalam tong sampah.

pencinta alam said...

pengurusan lemah,x sediakan tong samapah awam mcm mana org x buang merata-rata

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger