Home » » Peminta sedekah semakin berleluasa

Peminta sedekah semakin berleluasa

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 24 May 2012 | 24.5.12

SHAH ALAM - Aktiviti peminta sedekah semakin hari semakin rancak dan boleh dikatakan golongan peminta sedekah tersebut kini semakin berleluasa terutama sekali di kawasan tumpuan orang ramai. 

Namun, tidak semua peminta sedekah menghulur tangan atas kerana untuk sesuap nasi kerana kini sudah banyak sindiket yang menggunakan mereka yang kurang berupaya untuk meminta sedekah dan hasil yang mereka perolehi di berikan pada pihak yang tidak bertanggungjwab tersebut.

Aktiviti si peminta sedekah dahulunya berada di bank dan pasar malam, namun kini mereka telah mempunya cara yang lain iaitu dengan mengetuk cermin kereta apabila kereta berhenti di lampu isyarat.

Kejadian sebegitu dapat dilihat di sekitar Shah Alam di mana terdapat ramai si peminta sedekah akan berbuat sedemikian malahan ada yang membawa anak kecil untuk memperoleh simpati daripada orang ramai.

Jika berada di kedai makan pula, si peminta sedekah selalunya daripada golongan buta dan berjalan bersama seorang lagi yang sihat tubuh badan lalu meminta sedekah dengan menukarkan wang tersebut dengan tisu muka.

Menurut salah seorang penuntut Sarjana Komunikasi dan Media, Nurul Syazwani binti Mohd Radzi berkata, dia menjadi agak tidak selesa apabila tiap kali mahu makan ada pula si peminta sedekah datang.

Menurutnya lagi, dia merasakan bahawa kini yang datang meminta sedekah bukanlah daripada mereka yang betul-betul memerlukan dan tidak berupaya kerana mereka kelihatan mampu bekerja dan daripada sindiket tertentu.

“Mereka yang datang untuk minta sedekah bukanlah seorang, namun kalau dikira hampir 7 atau 8 orang yang akan datang dan setiap orang saya akan berikan sebanyak RM1,”

“Kawasan yang menjadi tumpuan mereka ini adalah di kawasan kedai makan, pasar malam di mana di situ terdapat ramai orang dan hasil yang mereka boleh perolehi adalah agak lumayan.”

Mohd Ezani bin Mohd Rosli, 40, berkata bahwa tempat perniagaannya kini semakin tidak selesa oleh kerana terlampau ramai si peminta sedekah datang dari meja ke meja pelanggan dia.

“Sepatutnya pihak berkuasa ambil tindakan akan hal begini oleh kerana mereka semakin ramai dan menyebabkan kami sebagai peniaga berasa kurang selesa kerana ada sesetengah pelanggan kami membuat aduan akan hal ini.”

Diharap supaya kes pengemis ini dapat di selsaikan atau pihak bertanggunjawab mengambil tindakan sama ada jika mereka datng daripada sindiket tertentu, sindiket tersebut haruslah di banteras demi kepentingan bersama.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger