Home » » Penyerang muda perlu digilap

Penyerang muda perlu digilap

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 5 June 2012 | 5.6.12

SHAH ALAM - Peminat UiTM FC berharap akan lebih ramai lagi penyerang muda digilap untuk mengekalkan prestasi baik pasukan.

Berdasarkan pendapat peminat atau pengikut setia UiTM FC yang rata-ratanya dari kalangan pelajar UiTM, pasukan bola sepak ini memerlukan pelapis muda.

Pasukan yang juga bersaing dalam Piala FA agak lemah akibat kekurangan penyerang dalam banteng serangan.

Salah seorang pengikut setia UiTM FC yang tidak mahu didedahkan identitinya ketika ditemu bual berkata prestasi pasukan bola sepak agak sedikit merudum berbanding dengan musim lepas.

“Berbanding dengan liga terdahulu, ranking UiTM FC berada di kedudukan yang sangat selesa tetapi kini sebaliknya.

“Jika dilihat kepada kemenangan yang diperolehi oleh pasukan bola sepak adalah kemenangan tipis disebabkan oleh sepakan penalti,” katanya lagi.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada sumber, benteng penyerang UiTM perlu ditingkatkan lagi.

Situasi ini perlu dipandang serius oleh pihak pengurusan dan jurulatih agar dapat memikirkan langkah penyelesaian untuk mengekalkan prestasi UiTM FC sebagai pasukan yang digeruni pihak lawan.

Penyerang-penyerang muda perlu digilap dan diberi pendedahan untuk menggantikan penyerang sedia ada kini yang bakal menamatkan pelajaran mereka. UiTM FC telah menduduki ranking teratas dalam Liga IPT pada tahun 2011.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger