SHAH
ALAM – Berikutan keluasan universiti yang luas dan sukar bagi para pelajar juga
kakitangan UiTM untuk ke satu-satu tempat di dalamnya, sebuah syarikat
pengangkutan telah diberi sepenuh kepercayaan bagi memudahkan perkara tersebut.
RapidKL merupakan pengangkutan awam
yang telah dikenali sejak tahun 2004 lagi.
Syarikat milik penuh kerajaan ini
meletakkan sebanyak 16 buah bas untuk memenuhi kehendak UiTM bagi memudahkan
penumpang terutama para pelajar untuk pergi ke satu-satu tempat disekitar dalam
dan luar UiTM dengan pantas.
Terdapat tiga jenis bas yang perlu
diambil perhatian sebagai langkah utama bagi menentukan masa juga bas yang
tepat untuk dinaiki ke destinasi yang dituju.
Tiga buah bas RapidKL yang
dilabelkan sebagai bas dalaman adalah bagi penumpang yang ingin ke destinasi
sekitar dalam UiTM sahaja seperti Kolej Mawar, Padang Kawad, Kolej Seroja,
Fakulti Perniagaan, dan sekitarnya.
Sebanyak lima buah bas bernombor 602
pula dilabelkan sebagai bas Seksyen 2 kerana laluannya selain Menara SAAS,
Kolej Seroja, Padang Kawad, ia akan ke stesen bas di Seksyen 2 bagi member
perkhidmatan kepada pelajar yang meninap di Kolej Jati, Kolej Meranti, dan
sekitarnya.
Selain itu, bas yang bernombor 604
pula adalah bas Seksyen 7 di mana laluannya meliputi kawasan Seksyen 7 di
kawasan Pusat Komersil bagi penumpang yang menginap di kawasan tersebut.
Jadual perjalanan bagi bas-bas yang
disediakan ini adalah berbeza mengikut kepentingan dan keadaan semasa.
Sebagai contoh, pada waktu pagi
perjalanan bagi setiap bas untuk berada di perhentian-perhentian tertentu
adalah pada lima minit sekali dan akan berterusan selama dua jam, seterusnya berubah kepada 10 minit sekali.
Berlainan pula dengan masa
perjalanan untuk waktu malam iaitu bas-bas RapidKL hanya akan lalu di setiap
perhentian pada setiap 20 minit sekali bermula lapan malam sehingga 11 malam.
Berbeza dengan waktu cuti seperti
Sabtu, Ahad, cuti umum, dan juga cuti semester di mana jadual perjalanan setiap
bas akan diubah dan jumlah bas juga dikurangkan mengikut kadar populasi pelajar
pada hari-hari tersebut.
Kadar waktu operasi bagi bas RapidKL
ini telah ditentukan dan dikawal oleh pihak Pengurusan Pengangkutan dan
Keselamatan UiTM, Shah Alam.
Selain aduan mengenai pengawalan
sistem pemanduan bas yang dikatakan merbahaya terutama ketika pemandu
memberhentikan bas dengan mengejut, ia dinyatakan bahawa itu terjadi berikutan
sistem keselamatan yang digunakan oleh sistem baru yang berpandukan pemanduan
secara automatik dari pemandu yang terlatih.
Para penumpang dinasihatkan untuk
tidak merasa khuatir dengan keadaan tersebut berikutan tiada sebarang kejadian
tidak diingini berlaku dari aspek tersebut.
0 comments:
Post a Comment