Home » » Tiada lagi kemudahan tambah nilai dalam bas – RapidKL

Tiada lagi kemudahan tambah nilai dalam bas – RapidKL

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12



SHAH ALAM- Kemudahan ‘kad rabbit’ yang diperkenalkan kepada pengguna tidak lagi menarik apabila sistem tambah nilai di dalam bas tidak lagi disediakan berikutan aktiviti penambahbaikan sedang dilakukan sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak.

            Hal ini sedikit sebanyak mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna terutama para pelajar yang menyifatkan kad tersebut sebagai salah satu ruang penjimatan wang perbelanjaan seharian.
            Jika sebelum ini para penumpang iaitu pelajar perlu membayar RM1 sehala, dengan adanya ‘kad rabbit’ mereka hanya dikenakan jumlah wang sebanyak RM1 tanpa had untuk penggunaan disatu hari yang sama.
            Satu penjimatan yang hebat bagi para pelajar terutama di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM) di mana bas RapidKL merupakan pengangkutan utama bagi mereka.
            Tetapi berikutan kegagalan pihak RapidKL untuk menyediakan mesin menambah nilai di setiap bas RapidKL kini, ia telah menimbulkan rasa kesal terhadap para pelajar yang sememangnya memerlukan penjimatan seperti itu.
            Kini, kad tersebut hanya boleh ditambah nilai didua tempat sahaja iaitu di stesen LRT Masjid Jamek, dan stesen LRT Pasar Seni.
Dalam perkembangan yang sama, Encik Azeram yang merupakan pegawai bahagian operasi RapidKL turut menjelaskan bahawa penggunaan tambah nilai tersebut juga terdapat dalam bentuk pas bulanan.
 Sebagai contoh, dengan setiap nilai RM50 bagi Rapidpass Pelajar yang ditambah ke dalam kad, manakala nilai RM100 dikenakan bagi Rapidpass Pelajar Integrasi, ia boleh digunakan dalam masa 30 hari tanpa had sehingga tiba tarikh luputnya.
Kad yang telah diperkenalkan sejak Mac lalu ini juga perlu diaktifkan semula jika tidak digunakan di mana-mana stesen yang disediakan dalam tempoh dua bulan berturut-turut.  
“Kad rabbit”’ adalah tiket bas elektronik yang menggunakan sistem kad Touch ‘n Go malahan sistem ini adalah bagi mengurangkan penggunaan tiket kertas yang sedia ada disamping dapat mengurangkan penggunaan kertas seterusnya memelihara alam sekitar.
Kad ini merupakan kemudahan yang disediakan oleh pihak RapidKL kepada para pelanggan, dan menawarkan kadar yang istimewa terhadap pelajar, juga warga emas yang menggunakan perkhidmatannya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Semua pelajar termasuk pelajar warganegara asing layak membeli Rapidpass Pelajar ini dengan hanya mengemukakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk memastikan mereka layak membeli kad Rapidpass Pelajar tersebut.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, pihak RapidKL tidak akan menyediakan kemudahan bas pada hari Jumaat pada pukul 12.45 tengahari hingga 2.00 petang kerana mengambil kira keadaan kesesakan lalu lintas.
Walau bagaimanapun, pihak bas RapidKL memohon maaf dengan masalah teknikal yang sedang mereka hadapi berkaitan mesin membeli dan tambah nilai yang sepatutnya berfungsi di setiap bas RapidKL bagi memudahkan para penumpang menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger