Home » , » Pentingnya perbandingan agama

Pentingnya perbandingan agama

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 24 April 2012 | 24.4.12

Gambar hiasan


SHAH ALAM - Perbandingan agama adalah satu yang asing di Malaysia kerana tidak kesemua umat Islam tahu betapa pentingnya perbandingan agama di dalam Islam dan hanya memandang rendah terhadap perkara itu yang sememangnya penting bagi seorang umat islam untuk tahu mengenai perbandingan agama itu.

Menurut kata penceramah yang merupakan seorang Cina mualaf iaitu Lim Jui Soon atau lebih senang dikenali sebagai ‘Bro Lim’ yang merupakan seorang penasihat di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menyatakan bahawa perbandingan agama adalah sesuatu yang amat penting dalam Islam di dalam ceramahnya pada 15 April 2012 yang lalu di dewan kuliah H, Fakulti Kejuruteraan.

Menurut kata beliau lagi, perbandingan agama adalah satu ajaran Islam yang patut diajar di rumah, surau ataupun masjid kerana Nabi Muhammad S.A.W selalu berdialog bersama yang bukan Islam dan dialognya itu adalah mengenai perbandingan agama Islam dengan agama lain dan juga untuk membuka mata mereka yang bukan islam untuk tahu mengenai Islam.

Beliau menyatakan bahawa jika kita tidak membuat sebarang perbandingan di dalam sesuatu perkara, kita tidak akan menghargai betapa penting dan berharganya sesuatu perkara itu dan juga beliau menyatakan lagi bahawa orang Islam tidak akan menghargai betapa indahnya agama Islam itu jika mereka tidak bandingkan dengan agama yang lain.

Di dalam temu ramah beliau berkata, umat Islam harus membuat perbandingan agama antara agama Islam dan agama yang lain untuk mengetahui ketepatan dan kebenaran agama Islam ini dan beliau juga menyatakan kalau ada kebenaran, umat islam tidak patut takut akan kebatilan.

Beliau juga menekankan bahawa umat Islam harus berusaha sedaya upaya untuk taat kepada perintah Allah S.W.T dan didalam sesi pembelajaran bukan sahaja duniawi yang patut dititik beratkan di dalam kehidupan tetapi akhirat juga harus dititik beratkan kerana jika kita usaha sedaya upaya tetapi tidak mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T, hidup manusia tidak akan diberkati.

Objektif yang telah diberitahu oleh pengarah projek iaitu Mohamad Uzair Bin Hj. Mohd Nor Rashid, pelajar di Fakulti Kejuruteraan bahawa program ini adalah satu medium untuk memberi pengetahuan kepada para peserta untuk memahami mengenai ilmu perbandingan agama kerana ia adalah satu informasi yang patut orang ramai mengetahuinya.

Ilmu perbandingan agama juga adalah untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai apa itu Islam kerana ada di antara mereka yang bukan beragama islam telah mensalah tafsirkan mengenai apa itu Islam dan mereka mungkin akan membuat kesimpulan mengenai agama Islam tanpa mengetahui kebenaran mengenai sesuatu perkara.

Media luar juga memainkan peranan penting mengenai perbandingan agama ini. Perbandingan agama ini juga harus didalami oleh umat Islam dan perbandingan agama ini tidak boleh dibincangkan melalui forum tetapi ianya hanya boleh didebat untuk mengetahui perbandingan agama diantara satu agama dengan agama yang lain.

Kebanyakkan orang tidak mahu mendengar mengenai Islam dan melalui program-program serupa ini adalah satu inisiatif bagi membuka mata untuk mendengar mengenai apa itu Islam dan ianya juga untuk menerangkan mengenai betapa indahnya agama Islam dan orang lain tidak akan memandang rendah kepada agama Islam malah akan menghormati agama Islam ini.



Wartawan: Raby'atul Adyra Zainal Abidin
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger