Home » » Air mineral 1Malaysia jadi tarikan

Air mineral 1Malaysia jadi tarikan

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 24 April 2012 | 24.4.12

SHAH ALAM - Air mineral RM1 menjadi tarikan utama Kedai Siswa 1Malaysia (Siswasave) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Menurut Liza Fariza Salam, 25, yang merupakan Pengurus Siswasave, lebih satu ratus karton air mineral 1 Malaysia berkapasiti 1.5 liter habis dijual dalam masa kurang satu minggu dan barangan 1 Malaysia merupakan ‘hot item’ dikalangan pelanggan.

“Berbeza dengan harga aiar mineral jenama lain yang menelan belanja sebanyak RM2 sebotol, air mineral 1 Malaysia Cuma berharga RM1 sebotol dan kualiti air hampir sama baik dengan kuakiti air mineral lain dipasaran,”

Tambah beliau lagi, barangan yang dijual adalah mengikut harga pasaran dan ada juga barangan yang dijual dengan harga runcit yang murah dan berpatutan.

Harga murah yang ditawarkan menjadi salah satu punca utama kedai Siswa 1 Malaysia ini menjadi perhatian ramai terutama dikalangan pelajar UiTM sendiri.

Antara barangan yang dijual adalah barangan runcit seperti air mineral 1 Malaysia, Gula 1 Malaysia, serta makanan ringan 1 Malaysia.

Kedai yang mula beroperasi sejak awal Mac lalu, telah mendapat sambutan diluar jangkaan dengan menerima kunjungan pelajar yang ramai setiap hari.

“Ini adalah perintis untuk mahasiswa mencebur kan diri dalam bidang keusahawanan, dari sini mereka boleh mempelajari asas-asas perniagaan, pengurusan dan peruncitan,” tambah beliau lagi.

Selaras dengan hasrat melahirkan usahawan muda yang terdiri dikalangan mahasiswa, kedai Siswa 1 Malaysia ini turut menyokong penuh gagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aida Azura Abdul Rahim, 23, Pelajar Fakulti Perniagaan UiTM Shah Alam turut menyuarakan rasa berpuas hati terhadap barangan yang dijual di Kedai Siswa 1 Malaysia.

“Harga banrangan runcit di kedai ini sangat murah dan ia dapat meringankan beban pelajar dari segi kewangan,

“Saya sebagai pelajar juga tidak perlu keluar dari UiTM untuk membeli barangan keperluan kerana semuanya hampir lengkap di Kesai Siswa 1 Malaysia ini,” tambah beliau lagi.

Selain daripada menjual barangan keperluan dengan harga yang murah, Kedai Siswa 1 Malaysia turut memberi peluang kepada mahasiswa yang ingin menceburi bidang keusahawanan dengan bekerja sebagai pekerja sambilan di kedai tersebut.

Selain UiTM Shah Alam, terdapat lima Kedai Siswa 1Malaysia ‘SiswaSave’ sudah siap untuk beroperasi di lima universiti awam, termasuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger