Terkini

Promosi tinggalan warisan negara

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


SHAH ALAM – Budaya serta warisan tinggalan sejarah negara ini  sepatutnya digunakan sepenuhnya sebagai tarikan utama kedatangan pelancong dari dalam serta luar negara.
Bagi memperkenalkan lagi budaya dan warisan tinggalan sejarah ke mata dunia  Universiti Teknologi Mara (UiTM ) telah menjalankan pelbagai usaha untuk menjadikan warisan kebudayaan negara ini sebagai satu tarikan dalam industri pelancongan.

Beberapa usaha telah dilaksanakan sejak beberapa tahun dahulu seperti Persidangan Antarabangsa dan Seminar Homestay yang telah  dijalankan oleh Fakulti Hotel dan Pelancongan UiTM untuk memberikan penerangan, maklumat  serta bertukar pendapat dalam usaha  menarik minat pelancong datang ke negara ini.

Assoc. Prof. Dr. Nor’ain Othman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Gabungan Industri dari Fakulti Hotel dan Pelancongan, Uitm berkata, “ promosi berterusan yang menumpu dalam memperkenalkan barangan  kraf buatan tempatan, homestay, warisan seni bina, aktiviti kebudayaan dan tapak warisan dan budaya yang menjadi tarikan utama pelancong luar negara.”

Beliau juga berkata bahawa kita sepatutnya melaksanakan sepenuhnya pelancongan warisan sebagai sebahagian dari aktiviti tarikan pelancongan yang bukan sahaja menarik pelancong dari luar negara tetapi jugadari dalam negara ini.

Tambahan lagi, perlunya kita memelihara budaya kita agar tidak ditelan kemajuan dan dapat 
ditunjukkan kepada pelancong tentang keunikan warisan tempat bersejarah, pelbagai budaya dan tradisi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Antara usaha UiTM dalam mempromosikan warisan adalah dengan mengadakan persidangan yang diadakan di Melaka baru-baru ini yang membincangkan tentang tajuk yang berkaitan Pelancongan, Warisan dan Budaya yang mana persidangan ini dihadiri oleh wakil dari negara luar seperti Amerika, Indonesia, Jepun, Emeriah Arab Bersatu, Thailand dan Filipina.

Selain itu, pensyarah  dari Fakulti Build Environment, Universiti Malaya, Md Nasir bin Daud, yang membentangkan kertas kerja berkaitan “Harta Warisan: Strategi Untuk Meningkatkan Industri Pelancongan di Kawasan Bandar berkata reka bentuk, senibina warisan tempatan yang bersejarah memaparkan identity masyarakat, budaya, etnik dan peradaban yang sememangnya berbeza dari warisan dunia lain.

Warisan budaya yang sememangnya unik yang menjadi identity negara ini sememangnya sukar dicari dan tiada di tempat lain. Dengan adanya usaha untuk mempromosikan keunikan ini dapat meningkatkan bilangan pelancong yang datang untuk menyaksikan sendiri tinggalan warisan sejarah negara.






Kemahiran Insaniah perlu diperbaharu


Jika ditanya mengenai Modul Kemahiran Insaniah (KI), ia bukanlah sesuatu yang asing kepada pelajar-pelajar ipta. Tidak mengejutkan juga apabila majoriti pelajar akan bersuara dengan sedemikian apabila ditanya mengenai kewajipan modul modul KI ini.

Modul ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan membina kemahiran kemahiran insaniah dalam diri setiap pelajar. Hasrat KPT adalah supaya pelajar-pelajar tidak hanya terdidik dari segi akademik malah memiliki kualiti sahsiah diri yg tinggi, kemahiran bekerja dalam pasukan dan kebolehan menyelesaikan masalah.

Sejak kemasukan pelajar Disember 2009, modul modul dan kelas kelas KI telah diadakan pada setiap semester dan memenuhi ruang hujung minggu pelajar-pelajar. Penekanan setiap modul, kelas dan ldk adalah berbeza dan sepatutnya dapat menarik minat pelajar-pelajar seandainya  pengendalian dan pendekatan yg digunapakai bersesuaian dengan citarasa dan jadual pelajar.

Untuk mengenalpasti keberkesanan modul KI ini sekaligus merujuk kepada penerimaan pelajar terhadapnya, satu kajiselidik telah diadakan . Telah didapati yang kebanyakan pelajar uitm mempunyai pandangan yang rata-ratanya hampir serupa apabila dijadualkan untuk menghadiri modul ini. Mereka menghadiri modul-modul ini dengan rasa berat hati dan ada juga yang memonteng modul ki ini.

Dengan itu, majoriti pelajar telah mengatakan bahawa modul modul KI yang mereka wajib hadir ini adalah suatu beban. Yang pasti pelajar pelajar beranggapan sebegitu dengan bersebab.Namun apa sebenarnya sebab-sebab mereka? Mari kita ikuti apa pandangan mereka.

Fais Isa, seorang pelajar semester 5 Fakulti Pendidikan berpendapat bahawa menghadiri modul ki sepatutnya bukanlah sesuatu yang membuang masa. Namun beliau merasakan yang hasrat murni tidak kesampaian apabila maklumat dan pandangan yang sama hanya berlegar dikalangan rakan-rakan sebaya yang sama..pada setiap semester.

Muhd Afthaluddin Hasan, pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal juga berpendapat yang modul ki mempunyai kebaikan tersendiri. Tetapi apabila pelajar yang sama disogok dengan pengisian yang sama setiap semester, modul ini menjadi tidak relevan lagi. Pelajar pelajar tidak lagi berminat dengan sesi suaikenal, tidak lagi teruja dengan ujian personaliti yang dijalan pada setiap semester. Apa lagi apabila ada juga di kalangan fasilitator yang kurang terlatih mengendalikan modul dan pelajar pelajar. Beliau berharap pihak kementerian peka dengan hal ini dan dapat menambahbaik kaedah dan pendekatan yang digunapakai dalam pengendalian modul ini. 

Zafrin Faizal, dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik pula berpendapat bahawa mungkin pengendalian modul-modul ini boleh dilonggarkan. Beliau bermaksud dari segi masa dan jadual modul. Modul modul yang diwajibkan pada setiap semester agak membebankan apabila ia dibahagikan kepada beberapa hari. Ini sedikit-sebanyak akan mengganggu jadual dan masa pelajar, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah di akhir pengajian. Cadangan beliau agar modul-modul dipadatkan dan diringkaskan. Hal ini mungkin boleh dipertimbang dan dikaji lebih lanjut oleh pihak yang bertanggungjawab.

Kesimpulannya, para pelajar pada mulanya dapat menghargai peri pentingnya modjl kemahiran insaniah ini. Matlamat untuk melahirkan insan-insan yang berketerampilan menarik dan mempunyai semangat jati diri menjadikan modul ini sangat relevan. Namun apabila pengendalian dan kaedah yang digunapakai tidak lagi selari dengan keadaan semasa, modul ki ini seolah-olah suatu beban dan menjadi bahan " komedi kampus" di kalangan pelajar. Cadangan dan pendapat yang diberi di atas sepatutnyalah diberi perhatian oleh pihak kementerian dan ipta.

Ke Manakah Arah Tuju Mahasiswa ‘Lembut’?



Fenomena lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat dan mereka bebas untuk
menjalankan kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dan disekat, golongan ini akan
menentang kononnya ini adalah hak asasi mereka yang tidak boleh dicabuli. Kegiatan ini juga diterima
masuk ke Malaysia tanpa dapat disekat proses perkembangannya. Walau bagaimanapun, fenomena
golongan lelaki lembut ini menular sedikit demi sedikit  dalam kalangan masyarakat biarpun kehadiran mereka kurang disenangi oleh kebanyakan individu.
                Masalah lelaki lembut di IPTA mula menjadi duri dalam masyarakat, khususnya apabila golongan ini lebih berani bersuara tentang hak mereka dan melakukan tindakan yang memalukan universiti.  Masalah ini juga menarik perhatian  bekas Menteri Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Paduka Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyatakan pihak universiti harus berjaga-jaga dengan kebanjiran lelaki lembut di menara gading. Pihak universiti juga turut bersetuju dengan dakwaan tersebut sehinggakan golongan ini boleh menubuhkan kumpulan mereka.
                Dengan kemunculan kelompok lelaki lembut di dalam bidang akademik, ini memberikan gambaran dan persepsi  negatif kepada masyarakat dan menjatuhkan imej universiti. Matlamat pelajar ke universiti adalah untuk
menuntut ilmu  dan memberikan jaminan masa depan yang terbaik kepada mereka. Namun, sama ada disedari atau tidak masalah sosial muncul dengan pelbagai budaya dan ragam dalam kalangan pelajar. Salah satunya adalah masalah yang dibawa oleh kelompok lelaki lembut yang wujud di dalam persekitaran pusat pendidikan ini seperti hidup bersosial dan berpenampilan menyerupai wanita, budaya  ‘pinky’ yang menjadi gaya dan  trend  dalam kalangan lelaki lembut dan sebagainya.  
                Pelbagai reaksi yang bersifat positif mahupun negatif diterima apabila isu pelajar lelaki lembut dibangkitkan sama ada daripada Persatuan Mahasiswa Universiti, pensyarah-pensyarah, media cetak dan elektronik mahupun masyarakat luar. Tidak ketinggalan juga reaksi yang diberikan oleh individu yang tergolong dalam kategori pelajar lelaki lembut ini. Ekoran daripada itu, penulis telah menemubual dua orang pelajar lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ‘lelaki lembut’ ini untuk meminta pendapat dan pandangan mereka tentang isu ini dan menjawab persoalan ke mana hala tuju dan masa depan mereka berhubung diksriminasi terhadap golongan ini. 
                Lebih dikenali sebagai anne, 23, seorang pelajar lelaki ‘lembut’ yang mempunyai personaliti menarik dan sifat yang menyenangkan sesiapa sahaja apabila bersamanya. Menurut Anne, dia sangat kecewa dengan sikap dan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka kerana pada pandangannya, mereka juga boleh berbakti dan memberikan sumbangan kepada Negara, malahan dia mengatakan bahawa ada di antara mereka lebih berjaya dalam bidang masing-masing jika dibandingkan dengan mahasiswa-mahasiswa lain yang malas berusaha dan sentiasa memandang rendah terhadap golongan sepertinya.
                “Walaupun golongan seperti kami masih sukar diterima masyarakat, tetapi kami sentiasa berusaha untuk memajukan kehidupan dan membanggakan keluarga kami. Kami sentiasa percaya kepada kebolehan diri sendiri dan cuba memperbaiki segala kekurangan yang ada serta tidak menghiraukan tanggapan negatif masyarakat sekeliling yang lebih suka menuding jari terhadap orang lain”, katanya.
                Seorang lagi mahasiswa ‘lembut’, Izzy, 23, yang tidak mahu gambarnya disiarkan berpendapat masa depan golongan sepertinya tidak perlu dijadikan isu dan masyarakat tidak perlu terus menghukum mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk berjaya seperti individu lain. Katanya lagi, masyarakat perlu berfikiran terbuka dan menerima kehadiran mereka kerana setiap manusia dilahirkan berbeza personaliti dan tingkah laku.
                “Sikap keterlaluan masyarakat sangat mengecewakan. Sikap dikriminasi dan prejudis mereka terhadap golongan seperti kami seolah-olah masa depan kami terletak di tangan mereka. Walau bagaimanapun, kami sangat berterima kasih kepada Yang Amat  Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah memberikan ucapan bahawa golongan seperti kami tiada masalah untuk berkhidmat dan bekerja di sektor awam”.
                Masalah mahasiswa ‘lembut’ ini terus dibincangkan oleh umum dan masyarakat semakin bimbang terhadap masa depan dan perancangan hala tuju mereka sebaik tamat belajar dan bergraduasi, adakah mereka berjaya mencapai masa depan yang cemerlang seperti individu lain? Adakah nasib mereka sentiasa terus diprejudiskan dan adakah mereka diberikan peluang untuk menonjolkan kebolehan dan keupayaan diri mereka untuk memperoleh kepercayaan daripada masyarakat?
                Kewujudan golongan ini di universiti perlu didedahkan kepada umum, bukan bermaksud untuk mengaibkan mereka, tetapi untuk memberi peluang kepada masyarakat  membuat penilaian yang sewajarnya terhadap fenomena ini dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap nasib golongan minoriti ini supaya golongan mahasiswa ini tidak merasa diri mereka dipinggirkan atau disisihkan sepertimana yang mereka rasa dan alaminya
sebelum ini. Di samping, pihak universiti perlu membuat pemantauan terhadap segala kegiatan dan aktiviti yang mereka jalankan  serta tidak wajar menunjukkan sikap negatif terhadap golongan ini. Sebaliknya, perlu bersikap terbuka  dan pada masa yang sama boleh memainkan peranan untuk membawa mereka kepada perubahan diri secara hikmah dan toleransi agar mereka memperoleh masa depan yang terjamin selepas tamat belajar kelak.
            Kewujudan kumpulan minoriti ini semakin berleluasa dan membimbangkan. Ini telah dibuktikan melalui laporan media massa dan juga kajian ilmiah yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji masyarakat berkaitan dengan kecelaruan gender. Sekiranya isu ini tidak dilihat secara terperinci, dikhuatiri yang ia akan merebak menjadi masalah sosial yang lebih serius.Akibatnya, akan wujud kesan buruk terhadap masyarakat daripada pelbagai aspek seperti aspek moral, sosial, kesihatan, keagamaan, perundangan dan ekonomi. 

Monyet liar ancam warga UiTM


SHAH ALAM - Kemunculan kawanan monyet liar di sekitar Pusat Kebudayaan, Perpustakaan Tun Abdul Razak dan sekitar kawasan UiTM mengancam keselamatan dan menganggu kesejahteraan warga UiTM yang menggunakan laluan sekitar kawasan tersebut.

Warga UiTM terdiri dari mahasiswa, kakitangan pentadbiran dan pekerja am lain rata-rata terganggu dengan kemunculan kawanan tersebut kerana sering mengancam untuk menyerang mereka apabila melalui kawasan sekitar tersebut.

Kawanan monyet liar tersebut menjadikan tong sampah sekitar beberapa kawasan tersebut sebagai tempat mencari makanan dengan menyelongkar tong sampah.

Kedatangan monyet liar liar tersebut sering mengganggu dengan menyergah dan mengancam pejalan kaki dengan menjerit dan menunjukkan gigi.

Kemunculan kawanan monyet liar tersebut dibimbangi akan menyebabkan perkara yang lebih serius berlaku seperti kecederaan dan juga dibimbangi membawa  wabak penyakit berjangkit kepada warga UiTM.

Menurut Bu Amah 35, Kawasan sekitar bangunan HEP, bilik belajar(bilik kaca) dan kawasan sekitar sering dikunjungi kawanan kera liar untuk mencari makanan pada waktu pagi dan petang selain dari selepas waktu hujan dengan menyelongkar tong sampah.

Tambahnya lagi, hal ini lebih serius pada hari Isnin iaitu selepas waktu cuti di mana sisa makanan dari tong sampah bertaburan di atas lantai dan mengeluarkan bau busuk yang menganggu mahasiswa yang berada berhampiran kawasan tersebut.

Sementara itu,Pegawai di Hal Ehwal Pelajar, Roszaifa Ramli berkata, kawanan monyet liar tersebut yang datang dari arah belakang Pusat Kebudayaan yang mana terdapat kawasan hutan kecil dan kawanan kera liar tersebut datang hampir setiap hari pada selepas waktu pejabat.

 “Kawanan monyet liar tersebut juga pernah memasuki kawasan pejabat dan menyelongkar serta menyelerakkan barangan selain dari membuang najis disitu”, tambahnya lagi.

Selain itu, menurut Mernah Timun, kawanan monyet liar turut mengganggu pelajar yang menginap di kolej seroja dengan mengganggu dan mengambil makanan dari mereka.

Walaupun tiada kes kecederaan yang dilaporkan terjadi yang melibatkan kawanan monyet liar ini tetapi, hal ini amat membimbangkan kerana melibatkan faktor keselamatan dan kesejahteraan warga UiTM. 

'Orang lama' tetap dihargai





Barisan sasterawan negara daripada Persatuan Penulis Nasional Malaysia  atau PENA telah diraikan pada ‘ Malam Deklamasi Sajak’ anjuran Kelab Bahasa Melayu dan  Budaya Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM ) Shah Alam  dengan kerjasama PENA .

Antara wakil PENA yang hadir adalah seperti S.M. Zakir Syed Othman merangkap Setiausaha Agung PENA, Khalid Salleh, Rahimidin Zahari, Dr. Shamsudin Othman, Ahmad Sarju, Irmas Saring, dan ramai lagi. Majlis ini diadakan dengan objektif mengangkat  nama-nama lama yang terlebih dahulu berkecimpung dalam dunia sasterawan seterusnya menghargai jasa mereka dalam bidang ini. Mereka juga memainkan peranan penting sewaktu era pra-kemerdekaan dahulu dan juga bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam diri penuntut di institusi pengajian ini.

Majlis yang bertempat di ruang legar HEP ini mengambil konsep santai sambil berhibur dengan acara pertandingan  variasi deklamasi sajak oleh pelajar dari jurusan dan fakulti yang berbeza serta turut diselang-selikan dengan bacaan sajak oleh para sasterawan. Melalui majlis ini juga orang ramai diperkenalkan dengan sasterawan-sasterawan yang kurang dikenali dan mendapat lebih banyak informasi berkenaan latar belakang, pengalaman, serta jasa-jasa mereka terhadap anak-anak bangsa kita.

“ Saya sangat gembira kerana kami masih diingati dan diraikan oleh anak-anak Bumiputera kini meskipun kami sudah berada di usia emas dan kurang mendapat nama dalam kalangan masyarakat. Tetapi, saya amat berharap jasa dan pengorbanan kami selalu dihargai sama seperti pengasas PENA Allaryahram Usman Awang. Kami tidak minta untuk dipuja-puja, cukuplah sekadar dihormati dan sajak kami diperdengarkan kepada generasi akan datang” kata Ahmad Sarju, 80, salah seorang sasterawan wakil PENA.

Para pemenang bagi tiga tempat teratas membawa pulang sijil penyertaan berserta trofi kemenangan. Mereka ialah Nor Faaizah Bt Md Amran (Akademi Pengajian Bahasa (APB)), Mohammad Safwan Bin Mohd Yusof (Fakulti Perakaunan) dan  sekali lagi tempat ketiga jatuh kepada wakil APB iaitu Mohd Uzir Bin Zubir.

Semoga majlis seumpama ini lebih kerap diadakan di institusi pengajian tinggi di negara ini kerana ia bukan sahaja mampu membentuk lapisan muda yang bijak dalam proses penggunaan bahasa sastera, tetapi juga melahirkan masyarakat yang sentiasa bersyukur akan pengorbanan ‘orang lama’ ini tanpa mengira lapangan bidang yang diceburi.

Kursus Pengurusan Jenazah tingkatkan kesedaran pelajar


SHAH ALAM- Kesedaran anak-anak muda untuk menguruskan jenazah yang juga merupakan fardu kifayah dilihat ditahap yang kurang memuaskan yang mana rata-rata tidak mengetahui cara menguruskan jenazah dengan betul.

Sehubungan dengan itu, dengan keperihatinan pelajar komunikasi antarapersonal,Fakulti Komunikasi Pengajian Media,satu kursus pengurusan jenazah telah di laksanakan bagi memberi malah menambah pengetahuan para pelajar khususnya untuk menguruskan jenazah dengan betul.

Selain ceramah,penonton juga telah diberi latihan amali tentang cara-cara menguruskan cara jenazah dengan betul.Pengasingan tempat dan penceramah telah dilakukan yang mana penonton lelaki melakukan latihan amali di Dewan Serbaguna Melati manakala penonton perempuan pula melakukan latihan amali di surau yang berdekatan.

Lebih menarik,video amal palestin juga telah ditayangkan sempena kerjasama antara kedua belah pihak untuk memungut derma bagi rakyat palestin.Menurut Nurtressa Zakariah , 21 Pengarah program,penganjuran program ini secara tidak lansung telah mengubah persepsi sesetengah pihak terhadap fakulti komunikasi itu sendiri yang mana ramai yang berpendapat bahawa pelajar fakulti ini selalu disamakan dengan hiburan dan sebagainya.

Seramai 150 peserta telah menyertai kursus tersebut.’Program seumpama ini seharusnya di anjurkan setiap semester kerana ia memberi banyak manfaat”,kata Noor Amira binti Hassan,22,pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Rumah sewa cekik darah



Bagi yang pernah menyewa rumah di Bandar Shah Alam, Selangor, pasti pernah merasai kadar sewa rumah yang kadangkala tidak masuk akal. Ini kerana, terdapat permintaan menyewa rumah tinggi terutama pelajar UiTM Shah Alam. Bayangkan jika sebuah rumah sempit, tidak bersih dan binaan rumah kurang selamat untuk diduduki, kadar sewa adalah RM200 keatas seorang sebulan dan itu lebih menyakitkan hati.

Beberapa pelajar juga merasakan sewa rumah di Shah Alam standing dengan kadar sewa rumah di Kuala Lumpur. Kadar sewa menjadi semakin tinggi apabila berdekatan dengan kawasan kolej atau universiti.

Rata-ratanya pemilik rumah sewa meletakkan kadar sewa tinggi kepada pelajar, kerana mereka tahu pelajar akan menyewa rumah dalam keadaan terdesak. Bayangkan semester yang bermula dan tiada tempat untuk tinggal. Mereka ambil sahaja apa yang terlihat.

Berikutan itu, sebahagian besar mereka mengeluh kenaikan kadar rumah sewa yang disifatkan amat drastic dan tidak munasabah sehingga menyukarkan pelajar untuk menyewa dan sekaligus menumpang mana-mana rumah yang ada.

Diharapkan pihak UiTM atau mana-mana pihak kolej yang berdekatan dapat menyediakan asrama dengan lebih banyak bagi menampung pelajar yang ramai.

Langkah ini dapat meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga, seterusnya memberi keselesaan kepada pelajar.

Dalam keadaan ini, ramai meminta pihak berkuasa mengekang aktiviti speculator mengaut keuntungan besar.




Denda buang sampah RM1,000!



Kegiatan membuang sampah kemerata tempat amat membimbangkan samaada para rakyat atau pihak yang tertentu. Lihat sahaja tasik di sekitar seksyen 7 Shah Alam. Kotor dan busuk! Tidak ada selera untuk beriadah dan bersenam dengan keadaan sekeliling yang sebegitu.

Tiba-tiba Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung mengumumkan denda sehingga RM1,000 ke atas mereka yang membuang sampah merata-merata. Manakala itu, syarikat swasta, pemegang konsesi dan individu yang membuang sampah secara haram dalam kuantiti besar seperti sisa binaan, makanan dan bahan industri pula boleh didenda RM 100,000 bagi setiap kesalahan!

Menurut menteri, peraturan tegas itu terkandung dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) yang dijangka dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Denda sehingga RM1,000 kerana membuang sampah merata-rata dan sehingga RM100,000 kerana membuang sampah dalam kuantiti besar memang sangat luar biasa bagi standard Malaysia.

Belum pernah denda sebesar ini dikenakan dan kesungguhan pihak berkuasa mengambil tindakan sedemikian tegas ke atas mereka yang boleh dikategorikan sebagai pengotor memang satu pelan tindakan “bercita-citabesar.”

Berbalik kepada sekitar Shah Alam ini, ramai jugapelajar yang tidak mengetahui akan keburukan membuang sampah. Bagaimana agaknya pandangan masyarakat terhadap berita ini? Adakah mereka akan berasa takut untuk membuang sampah merata-rata kerana bimbang kena saman sehingga RM1,000.

Masalah kebersihan dan amaran saman kepada pengotor bukan isu baru kerana sudah bertahun-tahun isu ini disebut, didebat kemudian sepi. Sesekali pihak berkuasa tempatan melancarkan kempen kebersihan dan pegawai penguatkuasa memantau kawasan sekeliling bagi memastikan orang ramai menjaga kebersihan persekitaran. Sesekali saman kepada pengotor dikenakan tetapi saman dan kempen sedemikian selalunya bersifat bermusim. Jadi bagaimana sekarang?

Ada masanya kasihan melihat pegawai penguatkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka tetapi usaha mereka mungkin berakhir dengan rasa kecewa. Mereka komited melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan mengeluarkan surat saman untuk mendisiplikan masyarakat tetapi berapa kali usaha mereka berakhir dengan hasrat sebenar melaksanakan penguatkuasaan undang-undang?

Jadi sama-samalah kita berganding bahu ke arah hidup yang lebih bersih dan sihat. Sama-samalah kita menjaga kebersihan Shah Alam untuk kebaikan kita bersama juga.

Ini kerana segala yang berlaku, adalah tanggungjawab kita bersama tanpa mengira siapa yang memulakan dulu atau siapa yang tidak melakukannya. Kita hidup bersama dan harus berkejersama bersama bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Keterujaan Nisa




Pepatah Melayu ada menyebut, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Jika diamati dengan betul, ia sebenarnya mempunyai makna yang sangat besar dan luas apatah lagi jika ia dilihat dari sudut usaha untuk berdakwah yang tidak sepatutnya diletakkan di bahu satu pihak semata.

Menyedari keperluan berdakwah merupakan tanggungjawab semua pihak, Khairunnisa Mazlan, 24 (gambar), ketika ditemui berkata, beliau mengambil inisiatif sendiri dalam memastikan tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin sebagai seorang pelajar.

"Usaha dakwah ini bukan usaha dari satu pihak sahaja tetapi ia memerlukan kerjasama daripada semua termasuklah pelajar itu sendiri. Sebagai seorang pelajar, lebih mudah sebenarnya jika kita berdakwah kepada rakan terdekat kerana hanya pelajar yang memahami pelajar," katanya.

Memulakan usaha dakwah melalui aktiviti usrah yang dilakukan dalam kumpulan yang kecil, kata Nisa lagi, ia dimulai dengan usaha berdakwah kepada rakan-rakan terdekat dahulu sebelum ia dilakukan di dalam kelompok yang lebih besar.

Menurut beliau lagi, kali pertama program usrah diadakan adalah semasa Kuliah Jumaat di UiTM Shah Alam, dan ia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama daripada kalangan pelajar fakulti perakaunan.

"Bayangkan, begitu ramai pelajar yang datang ke kuliah tersebut sehinggakan ada pelajar yang terpaksa duduk di atas lantai kerana ruang bilik yang disediakan tidak mencukupi. Itu menunjukkan bahawa sebenarnya terdapat ramai dalam kalangan pelajar UiTM yang sememangnya tercari-cari akan program berbentuk keagamaan seperti ini," jelasnya.

Tambah beliau lagi, idea untuk melakukan aktiviti usrah ini muncul setelah beliau melihat sendiri kurangnya program-program berbentuk keagamaan yang diadakan di dalam UiTM.

"Kebanyakan program yang ada dilihat lebih cenderung ke arah hiburan semata-mata. Niat saya cuma satu, ingin melihat rakan-rakan di UiTM cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam aspek kerohanian," katanya.





Nisa yang juga merupakan ketua beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam berkata, terdapat beberapa kisah menarik yang berlaku sepanjang beliau melibatkan diri di dalam aktiviti dakwah yang dirasakan boleh dijadikan iktibar bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada seluruh pelajar UiTM khususnya.

"Pernah dahulu selepas tamat saja program yang dianjurkan oleh PEMBINA, saya terus  menaiki bas untuk pulang ke kolej. Sewaktu di dalam perjalanan, tiba-tiba saya disapa oleh seorang kakak yang datang dari belakang tempat duduk saya, yang juga merupakan pelajar UiTM."

"Saya sukalah tengok awak pakai tudung labuh. Rasa lain bila duduk dekat dengan awak," cerita Khairunnisa mengimbas kembali kata-kata yang diucapkan oleh pelajar tersebut kepadanya.

Menurut Khairunnisa lagi, selepas peristiwa tersebut, dia meneruskan persahabatan dengan pelajar terbabit sehinggalah pelajar tersebut berubah daripada "free hair" kepada bertudung.

"Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah tentang sikap kita yang kadangkala lebih suka untuk menghukum seseorang berbanding membantu mereka untuk berubah. Kita selalu mengandaikan mereka yang bermasalah sebagai jahat tanpa mengambil peduli perkara atau pun punca yang menjadikan mereka begitu."

"Sepatutnya kita perlu menjadi kawan kepada mereka, tanya apa masalah mereka, tunjukkan contoh tauladan yang baik, dan dalam masa yang sama memimpin mereka ke arah kebaikan dan bukannya meninggalkan mereka atau pun memarahi mereka sesuka hati," katanya.

Tegas Nisa lagi, sekiranya pelajar mahu melihat individu tertentu berubah kepada yang lebih baik, pelajar itu sendiri perlu menjadi rakan kepada individu tersebut terlebih dahulu. Pelajar juga perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti dan bukannya berceramah atau pun menghukum kesalahan yang dilakukan secara membuta tuli.

Nisa juga menyeru serta mengajak rakan-rakan di UiTM untuk sama-sama membantu menjaga dan menaikkan lagi nama baik UiTM di mata masyarakat.

ASPIRASI

More on this category »

RHYTHMS AND COLORS

More on this category »

MEMOIR

More on this category »
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger