Home » » Promosi tinggalan warisan negara

Promosi tinggalan warisan negara

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


SHAH ALAM – Budaya serta warisan tinggalan sejarah negara ini  sepatutnya digunakan sepenuhnya sebagai tarikan utama kedatangan pelancong dari dalam serta luar negara.
Bagi memperkenalkan lagi budaya dan warisan tinggalan sejarah ke mata dunia  Universiti Teknologi Mara (UiTM ) telah menjalankan pelbagai usaha untuk menjadikan warisan kebudayaan negara ini sebagai satu tarikan dalam industri pelancongan.

Beberapa usaha telah dilaksanakan sejak beberapa tahun dahulu seperti Persidangan Antarabangsa dan Seminar Homestay yang telah  dijalankan oleh Fakulti Hotel dan Pelancongan UiTM untuk memberikan penerangan, maklumat  serta bertukar pendapat dalam usaha  menarik minat pelancong datang ke negara ini.

Assoc. Prof. Dr. Nor’ain Othman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Gabungan Industri dari Fakulti Hotel dan Pelancongan, Uitm berkata, “ promosi berterusan yang menumpu dalam memperkenalkan barangan  kraf buatan tempatan, homestay, warisan seni bina, aktiviti kebudayaan dan tapak warisan dan budaya yang menjadi tarikan utama pelancong luar negara.”

Beliau juga berkata bahawa kita sepatutnya melaksanakan sepenuhnya pelancongan warisan sebagai sebahagian dari aktiviti tarikan pelancongan yang bukan sahaja menarik pelancong dari luar negara tetapi jugadari dalam negara ini.

Tambahan lagi, perlunya kita memelihara budaya kita agar tidak ditelan kemajuan dan dapat 
ditunjukkan kepada pelancong tentang keunikan warisan tempat bersejarah, pelbagai budaya dan tradisi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Antara usaha UiTM dalam mempromosikan warisan adalah dengan mengadakan persidangan yang diadakan di Melaka baru-baru ini yang membincangkan tentang tajuk yang berkaitan Pelancongan, Warisan dan Budaya yang mana persidangan ini dihadiri oleh wakil dari negara luar seperti Amerika, Indonesia, Jepun, Emeriah Arab Bersatu, Thailand dan Filipina.

Selain itu, pensyarah  dari Fakulti Build Environment, Universiti Malaya, Md Nasir bin Daud, yang membentangkan kertas kerja berkaitan “Harta Warisan: Strategi Untuk Meningkatkan Industri Pelancongan di Kawasan Bandar berkata reka bentuk, senibina warisan tempatan yang bersejarah memaparkan identity masyarakat, budaya, etnik dan peradaban yang sememangnya berbeza dari warisan dunia lain.

Warisan budaya yang sememangnya unik yang menjadi identity negara ini sememangnya sukar dicari dan tiada di tempat lain. Dengan adanya usaha untuk mempromosikan keunikan ini dapat meningkatkan bilangan pelancong yang datang untuk menyaksikan sendiri tinggalan warisan sejarah negara.






Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger