Home » » Kemahiran Insaniah perlu diperbaharu

Kemahiran Insaniah perlu diperbaharu

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


Jika ditanya mengenai Modul Kemahiran Insaniah (KI), ia bukanlah sesuatu yang asing kepada pelajar-pelajar ipta. Tidak mengejutkan juga apabila majoriti pelajar akan bersuara dengan sedemikian apabila ditanya mengenai kewajipan modul modul KI ini.

Modul ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan membina kemahiran kemahiran insaniah dalam diri setiap pelajar. Hasrat KPT adalah supaya pelajar-pelajar tidak hanya terdidik dari segi akademik malah memiliki kualiti sahsiah diri yg tinggi, kemahiran bekerja dalam pasukan dan kebolehan menyelesaikan masalah.

Sejak kemasukan pelajar Disember 2009, modul modul dan kelas kelas KI telah diadakan pada setiap semester dan memenuhi ruang hujung minggu pelajar-pelajar. Penekanan setiap modul, kelas dan ldk adalah berbeza dan sepatutnya dapat menarik minat pelajar-pelajar seandainya  pengendalian dan pendekatan yg digunapakai bersesuaian dengan citarasa dan jadual pelajar.

Untuk mengenalpasti keberkesanan modul KI ini sekaligus merujuk kepada penerimaan pelajar terhadapnya, satu kajiselidik telah diadakan . Telah didapati yang kebanyakan pelajar uitm mempunyai pandangan yang rata-ratanya hampir serupa apabila dijadualkan untuk menghadiri modul ini. Mereka menghadiri modul-modul ini dengan rasa berat hati dan ada juga yang memonteng modul ki ini.

Dengan itu, majoriti pelajar telah mengatakan bahawa modul modul KI yang mereka wajib hadir ini adalah suatu beban. Yang pasti pelajar pelajar beranggapan sebegitu dengan bersebab.Namun apa sebenarnya sebab-sebab mereka? Mari kita ikuti apa pandangan mereka.

Fais Isa, seorang pelajar semester 5 Fakulti Pendidikan berpendapat bahawa menghadiri modul ki sepatutnya bukanlah sesuatu yang membuang masa. Namun beliau merasakan yang hasrat murni tidak kesampaian apabila maklumat dan pandangan yang sama hanya berlegar dikalangan rakan-rakan sebaya yang sama..pada setiap semester.

Muhd Afthaluddin Hasan, pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal juga berpendapat yang modul ki mempunyai kebaikan tersendiri. Tetapi apabila pelajar yang sama disogok dengan pengisian yang sama setiap semester, modul ini menjadi tidak relevan lagi. Pelajar pelajar tidak lagi berminat dengan sesi suaikenal, tidak lagi teruja dengan ujian personaliti yang dijalan pada setiap semester. Apa lagi apabila ada juga di kalangan fasilitator yang kurang terlatih mengendalikan modul dan pelajar pelajar. Beliau berharap pihak kementerian peka dengan hal ini dan dapat menambahbaik kaedah dan pendekatan yang digunapakai dalam pengendalian modul ini. 

Zafrin Faizal, dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik pula berpendapat bahawa mungkin pengendalian modul-modul ini boleh dilonggarkan. Beliau bermaksud dari segi masa dan jadual modul. Modul modul yang diwajibkan pada setiap semester agak membebankan apabila ia dibahagikan kepada beberapa hari. Ini sedikit-sebanyak akan mengganggu jadual dan masa pelajar, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah di akhir pengajian. Cadangan beliau agar modul-modul dipadatkan dan diringkaskan. Hal ini mungkin boleh dipertimbang dan dikaji lebih lanjut oleh pihak yang bertanggungjawab.

Kesimpulannya, para pelajar pada mulanya dapat menghargai peri pentingnya modjl kemahiran insaniah ini. Matlamat untuk melahirkan insan-insan yang berketerampilan menarik dan mempunyai semangat jati diri menjadikan modul ini sangat relevan. Namun apabila pengendalian dan kaedah yang digunapakai tidak lagi selari dengan keadaan semasa, modul ki ini seolah-olah suatu beban dan menjadi bahan " komedi kampus" di kalangan pelajar. Cadangan dan pendapat yang diberi di atas sepatutnyalah diberi perhatian oleh pihak kementerian dan ipta.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger