Home » » Monyet liar ancam warga UiTM

Monyet liar ancam warga UiTM

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


SHAH ALAM - Kemunculan kawanan monyet liar di sekitar Pusat Kebudayaan, Perpustakaan Tun Abdul Razak dan sekitar kawasan UiTM mengancam keselamatan dan menganggu kesejahteraan warga UiTM yang menggunakan laluan sekitar kawasan tersebut.

Warga UiTM terdiri dari mahasiswa, kakitangan pentadbiran dan pekerja am lain rata-rata terganggu dengan kemunculan kawanan tersebut kerana sering mengancam untuk menyerang mereka apabila melalui kawasan sekitar tersebut.

Kawanan monyet liar tersebut menjadikan tong sampah sekitar beberapa kawasan tersebut sebagai tempat mencari makanan dengan menyelongkar tong sampah.

Kedatangan monyet liar liar tersebut sering mengganggu dengan menyergah dan mengancam pejalan kaki dengan menjerit dan menunjukkan gigi.

Kemunculan kawanan monyet liar tersebut dibimbangi akan menyebabkan perkara yang lebih serius berlaku seperti kecederaan dan juga dibimbangi membawa  wabak penyakit berjangkit kepada warga UiTM.

Menurut Bu Amah 35, Kawasan sekitar bangunan HEP, bilik belajar(bilik kaca) dan kawasan sekitar sering dikunjungi kawanan kera liar untuk mencari makanan pada waktu pagi dan petang selain dari selepas waktu hujan dengan menyelongkar tong sampah.

Tambahnya lagi, hal ini lebih serius pada hari Isnin iaitu selepas waktu cuti di mana sisa makanan dari tong sampah bertaburan di atas lantai dan mengeluarkan bau busuk yang menganggu mahasiswa yang berada berhampiran kawasan tersebut.

Sementara itu,Pegawai di Hal Ehwal Pelajar, Roszaifa Ramli berkata, kawanan monyet liar tersebut yang datang dari arah belakang Pusat Kebudayaan yang mana terdapat kawasan hutan kecil dan kawanan kera liar tersebut datang hampir setiap hari pada selepas waktu pejabat.

 “Kawanan monyet liar tersebut juga pernah memasuki kawasan pejabat dan menyelongkar serta menyelerakkan barangan selain dari membuang najis disitu”, tambahnya lagi.

Selain itu, menurut Mernah Timun, kawanan monyet liar turut mengganggu pelajar yang menginap di kolej seroja dengan mengganggu dan mengambil makanan dari mereka.

Walaupun tiada kes kecederaan yang dilaporkan terjadi yang melibatkan kawanan monyet liar ini tetapi, hal ini amat membimbangkan kerana melibatkan faktor keselamatan dan kesejahteraan warga UiTM. 
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger