Home » , » Korean Talentime sambut bakat pelajar UiTM

Korean Talentime sambut bakat pelajar UiTM

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 24 April 2012 | 24.4.12

Korean Talentime mendapat sambutan hangat daripada para pelajar UiTM semalam. Penyertaan yang diterima tidak hanya dari pelajar UiTM Shah alam bahkan dari UiTM cawangan Penang juga tidak lepas peluang menyertai acara tersebut dan menunjukkan bakat mereka.

Penyertaan dari orang awam juga tidak kurang hebatnya apabila mereka menonjolkan bakat mereka menari dan menyanyi kumpulan K-Pop idola mereka.

Dua hakim dipertanggungjawabkan mengadili Talentime kali ini iaitu Penasihat persatuan bahasa Korea UiTM sendiri Madam Tiara Bhang Jiyeon merupakan seorang warganegara Korea Selatan yang sudah 10 tahun menetap di Malaysia bersama suaminya yang seorang rakyat tempatan.

Mantan presiden persatuan Korea Mardhiah Rahim merupakan seorang lagi hakim untuk malam itu. Seramai lebih dua puluh penyertaan diterima dan hanya lapan penyertaan yang dipilih untuk ke pusingan akhir.

Yuran dikenakan untuk menyertai Talentime ini sebanyak RM3 untuk individu, RM5 penyertaan duet dan RM10 bagi penyertaan secara berkumpulan.

AJK dan finalis bersenyuman belaka untuk kenang-kenangan


Hadiah merupakan satu hamper dan mug rekaan khas untuk setiap pemenang pada malam itu.

Naib Presiden Persatuan Bahasa Korea UiTM, Mohd Syazrin Chu berkata, irama Korea semakin tersebar luas tersebar kerana ramai pelajar UiTM memberikan sokongan menghadiri Talentime walaupun sibuk dengan tugasan fakulti masing-masing berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Katanya lagi, sebahagian besar pelajar perempuan sememangnya gila dengan idola K-pop mereka dan sanggup membeli semua cenderahati yang terdapat idola kesayangan mereka.

Lain pula peminat lelaki yang sebahagian besarnya masih terdapat diskriminasi terhandap kumpulan lelaki K-pop menganggap mereka sebagai lelaki lembut.

Persatuan bahasa Korea UiTM juga menawarkan kelas pembelajaran bahasa korea secara percuma pada setiap hari sabtu.

"Saya berharap agar akan lebih ramai lagi yang menunjukkan minat mereka kerana Korea bukan setakat K-pop tetapi budaya mereka yang indah dan unik," kata Syazrin.
Share this article :

2 comments:

Anonymous said...

Sometimes responses like these will likely be tricky to have
faith in nevertheless there’s many appropriate along
with useful recommendations in this article. Individuals
who write-up this info can be thanked.
My web site : Genital Wart Cream

Anonymous said...

I rely on all of the concepts you’ve provided to your
publish. They are extremely effective and will unquestionably
work. Nevertheless, the particular content have become limited for newbies.
May perhaps anyone make sure you prolong all of them a little through subsequent period?
Information article.
Feel free to visit my site :: How To Remove Genital Warts

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger