Home » , » Kenali alatan muzik, tonjolkan kemerduan alunan irama

Kenali alatan muzik, tonjolkan kemerduan alunan irama

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 24 April 2012 | 24.4.12

Pelajar-pelajar Fakulti Muzik berusaha keras namun masih kelihatan gembira mengubah lagu persembahan mereka.




SHAH ALAM - Pengalaman melakukan persembahan live di “The Musicians of Tomorrow” pada Diploma Showcase memberi pengetahuan berguna kepada pelajar-pelajar Diploma Muzik semester akhir yang membuat persembahan menggunakan peralatan muzik yang pelbagai.

Persembahan para pelajar Fakulti Muzik ini merupakan satu bentuk tugasan wajib bagi pelajar semester akhir dan persembahan mereka akan dinilai dari segi kerja berpasukan yang mereka tonjolkan serta kemerduan alunan alatan muzik yang mereka gunakan.

Encik Michael Veerapen, 43, berpendapat program ini telah dirancang dengan teliti dalam melahirkan pemuzik professional yang diperlukan industri dan setiap pelajar yang di nilai telah memenuhi keperluan yang diharapkan dalam persembahan mereka.

Beliau juga sangat berbesar hati menjadi juri di program itu kerana menurut beliau persembahan yang ditonjolkan sungguh berbakat cuma beliau mengharapkan agar para pelajar terus mengekalkan tahap disiplin dan kerja keras yang ditunjukkan supaya dapat meraih lebih banyak pengetahuan berguna semasa sudah berkerja kelak.

Menurut koordinator program Diploma Showcase ini, Cik Shuraifah Asmah Shad Faruqi, 27, seramai 42 orang pelajar akan dinilai pada semester ini berbanding 72 orang pada semester lepas dan pelajar-pelajar ini akan melalui proses penapisan terlebih dahulu untuk memastikan mereka benar-benar bersedia melakukan persembahan secara lansung kerana jika tidak mereka berkemungkinan gagal dalam proses pernilaian kelak.

Perancangan untuk menjayakan program ini telah dibuat sejak dari awal semester setiap pembukaan semester baru dan pemilihan lagu-lagu yang akan dimainkan oleh para pelajar perlu mendapat nasihat pensyarah mereka bagi memastikan pelajar-pelajar ini mampu mengalunkan muzik lagu-lagu pilihan mereka.

“Lagu-lagu pilihan para pelajar boleh dikekalkan atau digubah asalkan ia masih mengekalkan kemerduan melodi muzik itu sendiri,” kata Cik Shuraifah semasa ditanya mengenai perubahan yang boleh dibuat ke atas lagu-lagu pilihan pelajar.

Seorang pelajar yang melakukan persembahan, Raja Mohd Farhan B. Raja Shaifulzaman, 24, berpendapat program seperti ini bagus untuk diteruskan kerana ia sebagai satu platform mendidik pelajar supaya lebih berkeyakinan tinggi dan berani menyampaikan persembahan secara lansung.

Selain itu, sebagai seorang pelajar yang juga terlibat di dalam industri muzik sebagai Pengarah Muzik di konsert “Ana For Gaza”, Raja Mohd Farhan melahirkan rasa gembira kerana dapat melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kerana sijil yang akan beliau peroleh kelak di peringkat diploma adalah bertaraf antarabangsa.



Wartawan: Noridayu Kamarozaman
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger