Home » » Kemudahan bagi OKU

Kemudahan bagi OKU

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


SHAH ALAM - Keprihatinan pihak RapidKL dalam memudahkan penumpang menuju ke destinasi masing-masing tidak membataskan sesetengah pihak terutama golongan orang kurang upaya (OKU).
           
Kemudahan bagi si pemgguna kerusi roda dan juga tongkat lebih mudah dengan adanya sistem untuk merendahkan bas dan tapak laluan mudah alih yang membantu golongan ini menaiki pengangkutan awam ke destinasi dikehendaki.
            Kawasan yang berkusyen biru di dalam bas adalah bagi golongan OKU yang berkerusi roda berada di kawasan tersebut dengan memakai tali pinggang bagi menjamin keselamatannya semasa dalam perjalanan.
            Butang loceng berwarna biru di kawasan itu pula bertujuan untuk memberitahu kepada pemandu bas bahawa terdapat penumpang OKU yang memerlukan bantuannya.
            Menurut pemandu bas tetap RapidKL, Encik Iqmal Hafidzy dua butang loceng yang berbeza warna dan bunyi adalah untuk memudahkannya mengenalpasti keadaan penumpang yang ada di dalam bas.
            Perkara seperti ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak agar setiap kemudahan yang disediakan dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak dalam menaiki perkhidmatan awam.
            
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger