Home » » UiTM pencetus hotel berlandaskan ajaran Islam

UiTM pencetus hotel berlandaskan ajaran Islam

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


Kuala Lumpur - Industri hotel dan pelancongan di negara ini akan membuka standard baru berlandaskan ajaran Islam yang dijangka bakal menarik ramai lagi pelancong Islam dari seluruh dunia untuk berkunjung.

Kriteria yang ditetapkan ataupun “Islamic Standard Quality” telah dicetuskan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Kumpulan Caprice, sebuah syarikat antarabangsa dari Turki dan juga Universal Crescent Standard Centre Malaysia bagi membentuk satu kriteria universal bagi hotel yang mengikuti landasan Islam.

Hotel yang mengikuti kriteria Islam yang ditetapkan akan dianugerah dengan Islamic Quality Standard yang boleh menggantikan taraf “bintang” yang kebiasaannya diberikan kepada hotel-hotel seluruh dunia. Hal ini merupakan satu transformasi di mana industri pelancongan dinilai dengan kriteria Islam. 

Yang Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad berkata “Seluruh dunia amat dipengaruhi oleh cara Barat yang kebanyakannya tidak selari dengan ajaran Islam. Oleh itu, dengan kerjasama baru antara Malaysia dan Turki, persidangan ini diharapkan akan membuka lembaran baru bagi mempertengahkan cara Islam dalam pelbagai industri terutamanya pelancongan dan perhotelan”.
Tambahnya pula, arak dan judi telah menjadi asas dalam menjana pendapatan kebanyakan negara. 

Oleh itu, negara kita seharusnya lari dari konsep ini dan memperkenalkan gaya hidup yang baru dengan mengutamakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan. 
Standard Islam ini mempertengahkan hal-hal berkaitan penjualan alkohol, makanan halal dan bersih, waktu dan tempat solat serta pengasingan kemudahan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Pemberian anugerah “Islamic Quality Standard’ dinilai berdasarkan kriteria yang dipenuhi oleh hotel tersebut.

“Walaupun merupakan cabaran besar untuk menggunakan standard Islam dalam bidang pelancongan yang mengutamakan komersial dan kebendaan, ianya tidak mustahil untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam dengan mengikuti landasan Islam dalam setiap aspek,” kata Dato’ Sri Prof Dr Ir Sahol Hamid Bin Abu Bakar, Naib Cancelor UiTM ketika perasmian International Islamic Tourism Standard Conference yang pertama.

Dengan standard yang ditetapkan ini, pelancong Islam dapat menikmati keselesaan ketika bercuti tanpa rasa ragu-ragu dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kerana pengiktirafan hotel berlandaskan islam yang dimiliki.

Tiga buah hotel telah dianugerahkan dengan Islamic Quality Standard iaitu Grand Blue Wave Shah Alam, Caprice Thermal Palace dan Caprice Gold Istanbul, dua buah hotel terulung di Turkey. Grand Blue Wave dan Caprice Thermal Palace telah dianugerahkan dengan 5 Islamic Quality Standard manakala Caprice Gold Istanbul telah dianugerahkan dengan 7 Islamic Quality Standard.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger