Home » » Pemanah UiTM mengganas di SUKIPT

Pemanah UiTM mengganas di SUKIPT

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


Shah Alam - Universiti Teknologi Mara (UITM) sekali lagi mengungguli acara memanah Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) tahun ini apabila telah memenangi enam pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
Universiti Putra Malaysia pula telah menduduki tempat kedua apabila ditewaskan oleh UiTM dengan membawa pulang tiga emas, tiga perak dan lima gangsa.
Tempat ketiga pula disandang oleh UTM apabila hanya berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.
"Kejayaan ini merupakan kemenangan yang berganda kerana kami hanya mensasarkan tiga pingat emas sahaja," kata jurulatih memanah UiTM, Mon Redee Sut Txi.
Bagi beliau pemanah-pemanah UiTM ini sangat berbaloi apabila mereka sanggup tidak pulang ke kampung sempena Aidiladha yang lepas.
Kejayaan atlet sukan memanah ini sekaligus telah membanggakan UiTM dan berjaya membuktikan UiTM bukan sahaja cemerlang di dalam akademik malah sukan juga mereka masih menunjukkan prestasi yang baik.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger