Home » » Tempat ke-2 tidak halang untuk terus berusaha.

Tempat ke-2 tidak halang untuk terus berusaha.

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 20 December 2012 | 20.12.12


Shah Alam- Kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam telah mendapat tempat kedua di dalam kategori silat olahraga semasa Karnival Sukan Mahasiswa UiTM SeMalaysia (KARISMA) yang telah pun berlangsung pada 16 November hingga 22November.
            Kampus Puncak Alam telah diwakili oleh pelajar dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Zaharin Haris,23 tahun. Beliau telah berjaya membawa pulang pingat perak dengan mata 4-1 semasa perlawanan akhir menentang wakil daripada UiTM Johor. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh UiTM Perak. 
            Beliau yang juga merupakan Pengerusi Institut Pemimpin Muda (IPM) UiTM Malaysia tidak pernah menyangka akan memenangi pingat perak kerana komitmen lain yang perlu dipenuhi, walau pelbagai halangan yang perlu dihadapi untuk menjalani latihan silat olahraga ini.
            "Pelbagai halangan yang perlu saya tempuh, terutama dari segi masa dan jarak untuk ke latihan olahraga. latihan dilakukan di Puncak Alam yang agak jauh dari sini," kata beliau kepada pemberita. Beliau juga  menjadikan tempat kedua ini sebagai semangat untuk terus maju.
            Beliau juga pernah menyertai Kejohanan Pencak Silat Peringkat Antarabangsa bagi Piala TPM. Penyertaan beliau ini adalah di atas jemputan daripada pihak Institut Pengajian Tinggi (IPTA). 
            Pada kejohanan ini beliau hanya memenangi tempat ketiga apabila dikalahkan oleh wakil dari Kolej Komuniti Pahang, Yuniza Salleh.
            Pasukan silat ini dibahagikan kepada beberapa Kumpulan mengikut kategori berat. Beliau mewakili Kumpulan I bagi kategori berat 85 hingga 90 kilogram.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger