Home » » Bola sepak UiTM catat sejarah

Bola sepak UiTM catat sejarah

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 9 November 2010 | 9.11.10

KAMI JUARA... Pasukan bola sepak UiTM bergambar bersama piala selepas kemenangan dengan UKM.


Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya menjuarai Liga Bola Sepak Institut Pengajian Tinggi (IPT) Piala Menteri Pengajian Tinggi 2010 untuk edisi pertama setelah menumpaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kemenangan 3-0 di Stadium UiTM, dekat sini.

Kedua-dua pasukan tersebut telah mempamerkan gaya permainan menarik dan semangat juang yang tinggi walaupun terpaksa beraksi dalam keadaan hujan renyai dan padang yang basah.

Gol pertama perlawanan telah dijaringkan oleh penyerang UiTM, Amiridzuan Taj apabila beliau memperoleh bola hasil hantaran kapten pasukan, Fakhrul Haziq dari sepakan penjuru.

Fakhrul kemudiannya telah menanduk gol miliknya sendiri juga melalui hasil sepakan penjuru pada babak pertama.

Ternyata tuah jersi bernombor tujuh menjadi milik Fakhrul Haziq, apabila beliau sekali lagi muncul wira untuk menjaringkan gol ketiga dan terakhir pasukannya.

Atas sumbangan dan persembahan tangkas Fakhrul dalam perlawanan tersebut, beliau telah dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir yang melayakkannya meraih wang tunai sebanyak RM500 serta trofi.

Selaku juara pula, UiTM telah menjulang piala dan wang tunai RM 30 000 manakala Mohd Fakhrul dari pasukan Politeknik Kota Bharu telah dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan jumlah 17 gol

Walaupun hujan dan padang basah, saya sangat gembira kerana kami menang dengan setiap ahli pasukan telah menonjolkan persembahan yang mengagumkan,” kata Fakhrul Haziq.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger