Home » » PDWS membangunkan modal insan- Rosmah

PDWS membangunkan modal insan- Rosmah

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 9 November 2010 | 9.11.10

Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor menunjukkan skrol penghargaan dari pihak UiTM Majlis Perasmian Pelancaran Dana Wang Saku (PDWS) awal Oktober lalu.


SHAH ALAM: Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor telah merasmikan Majlis Pelancaran Dana Wang Saku (PDWS) dan pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1 Malaysia TM Score A - Proton GPMS yang dianjur­kan oleh Gabungan Pelajar Melayu Se­menanjung (GPMS) di Dewan Seri Budi­man, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Ahmad Maslan dan Senator Dr. Mashitah Ibrahim, Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan semua kepimpinan GPMS seluruh Malaysia.

Berucap di majlis itu, Rosmah berka­ta, PDWS yang dicetuskan oleh GPMS merupakan satu langkah terpuji kerana ia melibatkan usaha untuk membangunkan modal insan negara.

PDWS ini merupakan program yang di­ilhamkan oleh GPMS Kedah khas untuk membantu pelajar-pelajar dari golongan miskin tegar yang cemerlang dan berpo­tensi bagi menampung perbelanjaan har­ian persekolahan mereka.

Ia merupakan projek perintis bagi 50 keluarga di seluruh Negeri Kedah yang telah dikenalpasti layak dan akan turut diperluaskan di negeri-negeri lain yang mana turut melibatkan kerjasama dari­pada pelbagai agensi kerajaan dan badan-badan korporat yang lain.

PDWS akan menanggung perbelan­jaan persekolahan pelajar miskin yang layak sebanyak RM50 sebulan bagi pelajar sekolah menengah dan RM30 sebulan untuk pelajar sekolah rendah.

Di antara objektif lain program tersebut ialah memberi kesedaran kepada pelajar akan erti perpaduan dan menyatupadu­kan masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa supaya menjadi rakyat Malaysia yang hidup dalam ke­adaan aman, bersefahaman, makmur dan memahami ciri-ciri motovasi serta meng­hayati konsep 1Malaysia yang menitikber­atkan perpaduan antara kaum.

Selain itu juga, ia turut menekankan mengenai usaha dalam memecahkan min­da dan psikologi sempit pelajar melalui konsep 1Malaysia iaitu keluar daripda cara bertindak dalam tembok etnik yang diamalkan sejak sekian lama.

GPMS juga akan turut memberikan motivasi khusus kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan dengan mendedah­kan pelbagai kerunsingan dan permasalahan mereka dengan memberi tips yang sesuai.

Melahirkan generasi pelajar yang bersemangat cekal dan mempun­yai jati diri yang kukuh dalam meng­hadapi dunia penuh cabaran sesuai dengan motto yang diilhamkan oleh Perdana Menteri iaitu “1Malaysia, Raky­at Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Pada majlis itu juga, seramai 50 pelajar miskin di seluruh negeri Kedah turut menerima sumbangan di bawah PDWS yang disampaikan sendiri oleh Datin Seri Rosmah.

Melalui konsep 1Malaysia iaitu keluar daripda cara bertindak dalam tembok etnik yang diamalkan sejak sekian lama.

GPMS juga akan turut memberikan motivasi khusus kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger