
Dr. William I.Brustein (kiri) menerima cenderamata khas dari Profesor Dato’ Wira Dr. Mohd Salleh pada Siri Syarahan Tun Abdul Razak (TAR) ke-8 baru-baru ini.
Siri Syarahan Tun Abdul Razak ke-8 yang bertemakan ‘Ke Arah Univer siti Bertaraf Global’ di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, memberi penekanan khusus bagi mencapai tahap universiti yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa.
Panel khas dari Universiti Ohio (OU) iaitu Naib Pro-Canselori Strategi Global dan Per hubungan Antarabangsa, Dr. William I.Brustein dalam syarahannya telah menggariskan beberapa panduan bagi sesebuah universiti untuk mencapai taraf global yang dimaksudkan.
“Sesebuah universiti hanya dikatakan mencapai taraf global apabila menerima kemasukan pelajar dari pelbagai negara, kewujudan fakulti yang berintegrasi,kental menempuhi halangan kewangan, menga tasi cabaran bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris sebagai ‘lingua franca’, mempu nyai kelengkapan sistem kajian bertaraf antarabangsa dan juga mewujudkan kerjasama global bersama universiti luar negara.
“Dunia adalah kanvas ke arah universiti bertaraf global kerana banyaknya cabaran dan halangan bagi mencapai aspirasi tersebut,” tambahnya.
“Menurut Brustein, kekangan yang perlu di tempuhi termasuklah menangani isu perseki taran, mengatasi masalah ekonomi, mem punyai kesedaran dan pemikiran global, meneruskan legasi tersebut iaitu melalui Perwakilan Tun Abdul Razak yang memberi kan faedah dua hala samada aspek akademik mahupun bukan akademik,” katanya.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa sukacita kerana Universiti Ohio iaitu antara selaku universiti terbaik du nia, yang mempunyai sejarah lebih 200 tahun dalam men erajui pendidikan berkualiti untuk bekerjasama mem bawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya lagi.
Siri Syarahan Tun Ab dul Razak ini diadakan untuk mengingati kepimpinan luar biasa, pengorbanan yang tidak berbelah bagi dan sumbangan berharga beliau semasa pemerintahannya selama bergelar Perdana Menteri Kedua.
Tun Abdul Razak telah menjadi penyumbang ke pada kecemerlangan pen didikan komuniti pribumi iaitu semasa penubuhan awal UiTM dengan mewujud kan pusat perintis, Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956.
Perwakilan Tun Abdul Razak yang ditubuhkan pada tahun 1979 adalah satu-satunya kerjasama pendidikan di Amerika Syarikat untuk Malaysia dan Asia Tenggara yang digerakkan dengan sumber kewangan daripada kerajaan negara ini, Universiti Ohio dan 38 syarikat di Amerika serta Malaysia.
Perwakilan ini buat pertama kalinya pada ta hun 1981 telah membawa ahli sarjana dari negara ini yang berfungsi seperti wakil intelek ke universiti tersebut bagi mengajar, melaku kan kajian dan menyumbang kepada aktiviti yang berfokuskan Malaysia dan Asia Tenggara untuk jangka masa perjanjian selama dua tahun
0 comments:
Post a Comment