Home » » Masalah parkir kereta dijangka selesai

Masalah parkir kereta dijangka selesai

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday, 9 November 2010 | 9.11.10

DR SAHOL HAMID (dua dari kiri) dan isteri berbual dengan salah seorang staf UITM di Majlis Semarak Aidilfitri anjuran pelajar luar kampus UiTM Shah Alam.


Naib Canselor, Datuk Profe sor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, masalah ini dijangka dapat diselesaikan apabila Pusat Konvensyen UiTM yang dibina di beberapa kampus cawangan itu siap.

Pusat Konvensyen UiTM yang menyediakan lebih 300 tempat parkir kereta itu dijan gka dapat menyelesaikan kes yang membelenggu warga UiTM.

Kita sedang berusaha un tuk mengurangkan jumlah pelajar yang belajar di UiTM Shah Alam ini dengan menye diakan Pusat Konvensyen UiTM di beberapa buah negeri,” katanya.

Beliau berkata, perancangan pemindahan pelajar ke kampus Puncak Alam masih diteruskan secara berperingkat, dan terkini, UiTM sedang membina lebih daripada 10,000 tempat kediaman bagi menampung jumlah pelajar di kampus itu.

Tempat kediaman pelajar itu dijangka siap dalam masa dua ta hun lagi dan mengikut perancan gan UiTM, kampus induk di Shah Alam ini akan dijadikan sebagai tempat khas bagi pelajar Master dan Phd.

Sehingga kini, UiTM mempu nyai 12 buah kampus cawangan di seluruh negara dan kesemuanya itu adalah UiTM.

Datuk Sahol turut menyeru agar semua masyarakat faham dengan hasrat UiTM ini dan ti dak cepat melatah apabila sesuatu perkara ditimbulkan.

“Untuk menjadikan sesebuah universiti itu bertaraf global, ia haruslah memperbanyakkan ka jian di kalangan pelajar mas ter dan Phd. Oleh itu, UiTM merancang untuk menjadikan kampus Shah Alam ini sebagai kampus khas untuk pelajar post graduate,”kata Datuk Sahol Hamid.

Pelajar juga dinasihatkan agar tidak khuatir dengan istiadat kon­vokesyen yang bakal berlangsung pada bulan hadapan kerana beliau bersama Pro Canselor akan tu run padang bagi menyampaikan anugerah di majlis konvokesyen itu nanti.

“Sudah termaktub dalam akta UiTM 173, hanya Naib Cancelor dan Pro Cancelor sahaja dibenar kan bagi menyampaikan anugerah di istiadat konvokesyen di UiTM ini,” katanya.

Bagi kuasa autonomi, kita akan memulakan konvokesyen di setiap negeri yang terlibat se lain dari menggalakkan pertum buhan ekonomi di negeri itu.

Selain itu, Datuk Sahol menyeru semua pela jar supaya menjadi rakannya di laman web Facebook dan tidak keberatan untuk berkongsi idea bagi kebaikan semua warga UiTM.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger