Home » » Angkat irama Melayu di persada antarabangsa

Angkat irama Melayu di persada antarabangsa

Written By Jurnalis Shah Alam on Monday, 28 November 2011 | 28.11.11

SHAH ALAM 28 Nov. - Ketekunan dan kesabaran UiTM menjayakan majlis Malam Gema Gemersik Irama Malaysia (MGGIM) dan Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam) seharusnya dipuji dalam memartabat dan memastikan kelangsungan kesenian irama Melayu dan bahasa Melayu diangkat di persada antarabangsa.
Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris berkata, Debat 211 Jam juga dilihat mampu meningkatkan jati diri mahasiswa dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
“Namun hari ini, kehadiran golongan muda yang kebanyakannya terdiri daripada golongan mahasiswa merupakan isyarat baik dalam memperkasakan lagi kesenian irama Melayu, sekali gus meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat di negara ini.
“Penganjuran program ini lebih penting, ia memberi peluang kepada mereka mengembangkan bakat, sekali gus mewarisi kesenian irama dan bahasa Melayu untuk tatapan generasi akan datang,” katanya selepas ditemui pada Malam Gema Gemersik Irama Malaysia (MGGIM) yang diadakan seiring dengan Debat 211 jam di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam di sini, kelmarin.
Hadir sama, suaminya, Jeffri Hudi, Pengetua Kolej Meranti, Ahmad Azahari Mohd. Nazar dan Pengarah Program MGGIM, Mohd. Hasrul Othman.
Pada majlis tersebut, Dang Faakhira Abd. Samad dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian MGGIM menewaskan Nor Saleha Nasmiri ditempat kedua dan Azmi Firdaus Nezzaman di tempat ketiga.
Majlis itu anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Meranti UiTM.
-Utusan Malaysia
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger