SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tidak akan membayar pampasan kepada pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di kampus tersebut, di sini, petang semalam.
Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kejadian banjir itu diklasifikasikan sebagai bencana alam dan pihak UiTM tidak mempunyai sebarang polisi bagi membolehkan mangsa kejadian banjir memohon pampasan daripada pihak universiti. Untuk rekod, sebanyak 30 buah kereta dan motorsikal terjejas dalam kejadian tersebut yang berlaku ekoran hujan lebat yang turun sejak jam 11 pagi.
0 comments:
Post a Comment