Home » , » UiTM beri sokongan untuk pelajar ceburi projek kebudayaan

UiTM beri sokongan untuk pelajar ceburi projek kebudayaan

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 24 April 2012 | 24.4.12

Cik Musrohaizi Ayu menyokong pelajar untuk menceburi projeck kebudayaan.


SHAH ALAM - Pusat Kebudayaan UiTM telah memberi peluang kepada pelajar untuk memberikan segala idea dan konsep yang menarik minat mereka berkaitan kebudayaan daripada membuang masa kepada perkara yang tidak berfaedah.

Menurut Pegawai Kebudayaan UiTM, Cik Musrohaizi Ayu, Pusat Kebudayaan UiTM akan menyokong dan memberikan jalan bagaimana pelajar ingin melakukan projek yang berkaitan dengan kebudayaan. Kebanyakkan pelajar pada hari ini tidak mengetahui bagaimana cara untuk mengeluarkan bakat yang terpendam. Jadi, melalui Pusat Kebudayaan, ianya dapat membantu pelajar mengeluarkan bakat tersebut.

Usaha ini juga salah satu untuk mendekatkan diri dengan pelajar kerana seperti mana yang sedia maklum, selain daripada menumpukan kepada pelajaran, pelajar digalakkan untuk berhibur dengan cara sihat. Tujuan ini juga salah satu menghidupkan serta mewarnai semula bidang seni dan budaya di dalam kehidupan harian pelajar.

Kebudayaan yang dimaksudkan ialah tidak tertumpu di dalam bidang nyanyian sahaja, tetapi termasuk di dalam lakonan, teater, dan dikir barat. Melalui Pusat Kebudayaan juga, pelajar berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan seperti peralatan muzik dan kostum serta sokongan untuk mengadakan sebarang projek.

Timbalan Naib Canselor juga turut bersetuju dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pelajar yang ingin melibatkan diri di dalam bidang kebudayaan selain daripada sukan. Pusat kebudayaan turut mengadakan ujian pencarian bakat di dalam nyanyian, tarian, dan lakonan untuk mencari bakat dikalangan pelajar dan akan di letakkan di dalam senarai ahli kebudayaan UiTM.


Wartawan: Farhana Abdul Hamid
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger