Home » , » Pelajar manfaat baucher buku 1 Malaysia di jualan Pesta Buku 2012

Pelajar manfaat baucher buku 1 Malaysia di jualan Pesta Buku 2012

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 15 May 2012 | 15.5.12

Pelajar mengambil kesempatan di jualan pesta buku 2012 ini untuk mencari bahan rujkan yang diperlukan sambil memanfaatkan baucar buku 1 Malaysia
SHAH ALAM – Diskaun daripada 60 sehingga 80% yang di tawarkan pada Pameran dan Jualan Pesta Buku 2012 telah menarik minat lebih 1000 orang para pelajar UiTM Shah Alam khususnya untuk memanfaatkan baucar buku 1 Malaysia.

Pameran dan Jualan Pesta Buku 2012 yang berkonsepkan karnival itu telah dianjurkan oleh pihak Koperasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Penerbit Press UiTM dan Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bermula dari 15 sehingga 17 Mac 2012.

Karnival yang mula dibuka dari jam 9 pagi sehingga 5 petang ini telah diadakan di Dataran Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) UiTM dan sekitar ruang legar Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1).

Menurut Pengurus Unit Perkhidmatan Buku UiTM, Puan Noriah Hj. Ismail, penganjuran Pameran dan Jualan Buku Teks ini adalah bertujuan untuk memberi peluang khususnya kepada para pelajar untuk mendapatkan buku teks yang diperlukan dan juga bahan rujukan lain.

Karnival ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai khususnya daripada pelajar IPTA dan IPTS yang menggunakan kesempatan ini untuk menebus Baucar Buku 1 Malaysia. 

Baucar Buku 1 Malaysia sebanyak RM200 telah diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk memberi bantuan kepada para pelajar untuk membeli buku teks dan bahan rujukan yang diperlukan. 

Siti Nuratiqah Abd Rahaman, pelajar daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi ( FSPP) berkata bahawa program pameran dan karnival ini menguntungkan bagi para pelajar kerana diskaun yang diberikan di atas setiap pembellian adalah amat berbaloi.

Beliau berharap agar pameran dan karnival ini dapat dikekalkan supaya para pelajar boleh mendapatkan buku teks dan bahan rujukan dengan harga yang berpatutan dengan lebih mudah.

Beliau juga mencadangkan agar pihak penganjur dapat menjemput lebih banyak syarikat penerbitan buku dan majalah serta institusi pengajian tinggi yang lain untuk menyertai karnival ini.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini juga turut menjual majalah ,novel, buku motivasi dan lain–lain daripada pelbagai syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia.

Antara syarikat penerbitan buku dan majalah yang terlibat dalam siri penganjuran kali ini ialah Kumpulan Media Karangkraf, CERT Publication, Milenia Muslim dan ALAF 21.

Pelbagai institusi pengajian tinggi yang lain juga telah mengambil seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger