Home » » EURO 2012 tidak jejas tumpuan terhadap pelajaran

EURO 2012 tidak jejas tumpuan terhadap pelajaran

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday 14 June 2012 | 14.6.12

Samir Nasri dalam percubaan menjaringkan gol pada perlawanan England vs Perancis, EURO 2012, Isnin 11 Jun 2012 - dailymail.co.uk
SHAH ALAM – Demam bola sepak di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini kembali dengan bermulanya EURO 2012 pada 9 Jun yang lepas.

Pastinya kedai-kedai mamak di sekitar Seksyen 7 menjadi sasaran untuk menonton aksi pasukan diminati biarpun terpaksa bersengkang mata sehingga dini hari.

Pelajar memakai jersi-jersi pasukan pilihan mereka disamping sorakan yang begitu gemuruh terhadap pasukan-pasukan pilihan seperti Jerman, Belanda, England, Perancis, dan Portugal.

Jelas sekali, semangat EURO 2012 kelihatan di mana-mana dan benar-benar meresap dalam jiwa anak-anak muda tersebut.

Namun, satu persoalan yang mungkin boleh dibangkitkan adalah sejauh manakah golongan pelajar ini memberikan komitmen terhadap pelajaran mereka sekiranya faktor masa diambil kira?

Seorang pelajar dari Fakulti Komunikasi dan pengajian media, Azrul Hanafi menyatakan bahawa walaupun menononton perlawanan bola sepak merupakan minat baginya, pelajaran tetap menjadi keutamaan.

“Sebelum saya datang ke sini (kedai mamak) untuk menyaksikan perlawanan bola, saya akan selalu pastikan bahawa kerja-kerja yang diberi pensyarah disiapkan terlebih dahulu ataupun sekurang-kurangnya dalam proses penyiapan.

“Bagi pelajar yang hendak mentonon EURO 2012, mereka mestilah sedar bahawa ia merupakan inisiatif mereka sendiri, jadi, mereka harus tanggung keletihan untuk menghadiri kelas pada keesokan harinya,” kata Azrul.

Seorang lagi pelajar dari fakulti yang sama, Afiq Al-Hafis memberitahu Jurnalis Shah Alam bahawa pelajar harus membahagi masa dengan betul untuk membolehkan diri menonton sebarang perlawanan dalam Euro 2012.

“Sebagai seorang pelajar, kerja yang diberi oleh pensyarah sememangnya banyak, namun, sebagai fanatik bola sepak, ia bukanlah alasan bagi saya untuk tidak menonton perlawanan tersebut.

“Jika kita pandai membahagikan masa, tidak mustahil untuk pelajar dapat menyiapkan kerja-kerja mereka, pada masa yang sama, dapat menonton EURO 2012,” ulas Afiq.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger