Home » » SUKOL 2012 suntik semangat warga kampus

SUKOL 2012 suntik semangat warga kampus

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday 5 June 2012 | 5.6.12

SHAH ALAM - Warga kampus digalakkan untuk menyertai sebarang jenis sukan yang dipertandingkan dalam Kejohan Sukan Antara Kolej (SUKOL) pada kali ini.

Pihak Pusat Sukan UiTM menganggarkan seramai 3500 orang pelajar dan kaki tangan yang terlibat mewakili 12 kolej yang bertanding.

Keseluruhan jumlah ini meliputi atlet, pegawai pengurusan kontigen, penyelaras, pengadail dan sukarelawan.

Sebanyak 23 jenis sukan yang dipertandingan untuk keseluruhan kejohanan ini yang bermula dari 18 Mei hingga 25 Mei.

“Sukan menyemai sifat disiplin, kewibawaan dan keterampilan bagi mencapai sahsiah pelajar yang cemerlang. Ada banyak sukan yang dipertandingkan, jadi pelajar perlu ambil peluang ini,” jelas Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohd Said, Timbalan Naib Canselor UiTM yang menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan SUKOL 2012 bertempat di Stadium UiTM Shah Alam pada 18 Mei yang lalu.

Tambah beliau lagi, warga kampus perlu lebih aktif di dalam sukan kerana ia mampu membentuk satu budaya masyarakat kampus yang berkualiti, cergas dan sihat.

Menurut Hamidah Abdul Rahman, Pegawai Sukan Kanan, jumlah kehadiran pelajar-pelajar kolej yang terlibat yang turut sama hadir memberi sokongan pada malam perasmian cukup memberangsangkan.

“Seramai 3500 orang pelajar telah membanjiri Stadium UiTM pada malam ini dan ini satu perkara yang sangat membanggakan kami pihak penganjur,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, SUKOL 2012 menampakkan peningkatan dari segi penyertaan oleh setiap kolej yang betanding.

Ini sekaligus menunjukkan warga kampus semakin bersemangat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti ini.

Malam perasmian turut diserikan dengan acara perbarisan yang telah disertai oleh wakil dari ke semua kolej yang bertanding.

Pelbagai elemen yang diterapkan oleh setiap kolej dalam gimik acara perbarisan tersebut.

Kolej Melati muncul sebagai juara perbarisan diikuti oleh Kolej Meranti di tempat kedua dan Kolej Anggerik di tempat ketiga.

Juara membawa pulang hadiah berupa cek bernilai RM1,000 beserta piala.

Acara kemuncak malam perasmian merupakan nyalaan obor yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor diiringi Mustaza Ahmad, Ketua Pusat Sukan UiTM Shah Alam.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger