Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Begitulah yang telah dilakukan oleh dua orang lelaki yang
merupakan mangsa kemalangan jalan raya dan pekerja kilang yang kematian otak
juga disebabkan nahas jalan raya. Kedua-dua mereka telah mewasiatkan organ iaitu
jantung untuk didermakan kepada yang memerlukan dan Tee
Hui Yee, gadis yang bergantung hidup pada jantung mekanikal sebelum ini adalah
orang yang mendapatkan organ tersebut.
Organ yang diwasiatkan telah membantu anak kecil ini
yang sewaktu itu berusia 14 tahun bagi meneruskan hidup.
Setelah lima tahun menjalani pemindahan organ,kini Tee Hui Yee telah meninggal
dunia pada tanggal 18 September 2012.Tidak lama dahulu kisah ini pernah
menghiasi dada-dada akhbar dan menjadi
bualan ramai.
Berita selanjutnya. Dapatkan jurnalis shah alam :)

0 comments:
Post a Comment