Kesukarelaan
adalah suatu nilai dan amalan yang murni. Malahan, dalam hal-hal dan
keadaan-keadaan tertentu, kesukarelaan dianggap suci. Kerana itulah, setiap
yang terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan, sama ada
secara individu ataupun secara berkumpulan, sama ada secara sistematik ataupun
tidak, dan sama ada sumbangannya itu adalah besar ataupun kecil, ia dianggap
sebagai kerja dan program yang terpuji.
Kesukarelaan juga adalah satu
daripada nilai yang disanjung tinggi yang telah memungkinkan manusia terus
hidup secara bermasyarakat dan berkongsi erti keberkawanan dan kemanusiaan
dalam maksudnya yang sebenar, dari dahulu hingga sekarang, dan diyakini akan
sampai bila-bilapun.
Berita selanjutnya. Dapatkan jurnalis shah alam :)

0 comments:
Post a Comment