Penyertaan dari 31 IPT tidak gugat kecemerlangan peserta UiTM
Penyertaan dari pelajar UiTM dalam kejohanan tersebut memberikan pencapaian yang memberangsangkan.
Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) telah merangkul dua perak dan satu gangsa pada Kejohanan Pencak Silat Piala Timbalan Perdana Menteri yang menutup tirainya di IOI Mall, Kulai Johor.
Asmawi Zakaria dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah memenangi pingat perak dalam kategori seni silat jurus tunggal setelah gagal memperoleh mata bagi mengalahkan lawannya dari Singapura.
Pingat perak kedua adalah sumbangan Wan Ilyana Imira, pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik bagi kategori seni silat olahraga, Puteri yang telah ditewaskan oleh pesilat dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Manakala gangsa pula dimenangi oleh pesilat dari Universiti Putera Malayisa (UPM) yang turut berkongsi tempat dengan peserta dari Vietnam.
Walaupun sedikit kecewa untuk mencapai pingat emas kerana hanya ketinggalan beberapa mata daripada pesaing namun saya tetap bangga masih dapat memberikan saingan kepada lawan.”
“Berkat usaha dan latihan yang dijalankan sebelum perlawanan memberikan saya kekuatan untuk menyaingi semua pihak lawan terutama dari negara luar seperti Singapura," luah Asmawi.
Bagi kategori Putera kelas F, pesilat dari UiTM telah mendapat pingat gangsa sumbangan Mohd Izzudin Mohd Hanan pelajar Fakulti Sukan dan Rekreasi.
Upacara penutup dan penyampaian hadiah kejohanan silat disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.
Kejohanan sulung itu yang bermula pada Rabu turut menyaksikan penyertaan 31 IPT termasuk dari luar negara, Singapura, Vietnam dan Indonesiaserta 12 pasukan remaja dari negeri-negeri dan mempertandingkan dua kategori - IPT dan Remaja.
Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2010 berlangsung di pusat membeli belah IOI Mall, Kulai bermula 28 September hingga 3 Oktober dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku Pusat Sukan Tumpuan Pencak Silat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Penyertaan dari pelajar UiTM dalam kejohanan tersebut memberikan pencapaian yang memberangsangkan.Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) telah merangkul dua perak dan satu gangsa pada Kejohanan Pencak Silat Piala Timbalan Perdana Menteri yang menutup tirainya di IOI Mall, Kulai Johor.
Asmawi Zakaria dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah memenangi pingat perak dalam kategori seni silat jurus tunggal setelah gagal memperoleh mata bagi mengalahkan lawannya dari Singapura.
Pingat perak kedua adalah sumbangan Wan Ilyana Imira, pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik bagi kategori seni silat olahraga, Puteri yang telah ditewaskan oleh pesilat dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Manakala gangsa pula dimenangi oleh pesilat dari Universiti Putera Malayisa (UPM) yang turut berkongsi tempat dengan peserta dari Vietnam.
Walaupun sedikit kecewa untuk mencapai pingat emas kerana hanya ketinggalan beberapa mata daripada pesaing namun saya tetap bangga masih dapat memberikan saingan kepada lawan.”
“Berkat usaha dan latihan yang dijalankan sebelum perlawanan memberikan saya kekuatan untuk menyaingi semua pihak lawan terutama dari negara luar seperti Singapura," luah Asmawi.
Bagi kategori Putera kelas F, pesilat dari UiTM telah mendapat pingat gangsa sumbangan Mohd Izzudin Mohd Hanan pelajar Fakulti Sukan dan Rekreasi.
Upacara penutup dan penyampaian hadiah kejohanan silat disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.
Kejohanan sulung itu yang bermula pada Rabu turut menyaksikan penyertaan 31 IPT termasuk dari luar negara, Singapura, Vietnam dan Indonesiaserta 12 pasukan remaja dari negeri-negeri dan mempertandingkan dua kategori - IPT dan Remaja.
Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2010 berlangsung di pusat membeli belah IOI Mall, Kulai bermula 28 September hingga 3 Oktober dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku Pusat Sukan Tumpuan Pencak Silat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
0 comments:
Post a Comment