Home » » UiTM Contoh Pendidikan Teras Trasformasi Negara

UiTM Contoh Pendidikan Teras Trasformasi Negara

Written By Jurnalis Shah Alam on Tuesday, 9 November 2010 | 9.11.10

Sahol (tengah) menjadi panel dalam Forum RMK-10. Turut menjadi panel adalah Dr. Hoo Ke >Ping, (kiri) dipengerusikan oleh Sayed Munawar. Rancangan ini disiarkan secara langsung di TV1 (RTM) yang lalu.


Naib Canselor, Datuk Dr. Ir. Prof. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ketika ini kesemua sukatan kurikulum bagi program-program yang dijalankan di UiTM adalah berteraskan kepada dua komponen utama iaitu 40 peratus industri dan 60 peratus lagi ditetapkan pihak universiti.

“Strategi ini telah membantu melahirkan pelajar yang berkredibiliti tinggi dari segi teori dan praktikal serta berjaya menguasai bahasa ketiga dengan baik.

“(Selain itu), pelajar juga mampu berfikir dan mahir dalam bidang yang dipelajari dan ini menjadikan mereka mudah diterima oleh organisasi-organisasi pekerjaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bertajuk "Pendidikan Tranformasi Negara" yang disiarkan secara langsung di TV1 baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Sahol berkata pelajar UiTM berada pada tahap yang tinggi dalam kebolehpasaran graduan,yang mana lebih menekankan aspek industri dan bahasa ketiga bagi membolehkan mereka menempatkan diri di industri kaum bukan bumiputera.

“Dengan kemahiran dan pengatahuan yang luas dikalangan pelajar, maka UiTM mampu melahirkan pelajar yang berkomprenhensif tinggi yang mana telah melahirkan graduan yang berketerampilan dan kebolehpasaran yang tinggi untuk semua sektor industri”, jelasnya.

Tambahnya lagi, UiTM telah melahirkan graduan yang membawa transformasi dalam inovasi, kajian dan produk kepada negara.

Beliau turut menyatakan,UiTM merupakan salah satu universiti yang diberi mandat dalam mencapai aspirasi kerajaan yang mana telah berjaya mengikut transformasi pendidikan yang mana telah melahirkan majikan dan pekerja yang serba berkebolehan.

“RMK10 merupakan satu transformasi pendidikan yang akan mencapai kejayaan secara menyeluruh iaitu dari segi teknik pengajaran, pembelajaran, pemikiran , konsep dan krativiti”, katanya.

Katanya lagi, transformasi yang besar dibuat dalam membela nasib 100,000 anak bangsa yang tercicir kerana kedaifan hidup untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dengan melancarkan ‘Program Mengubah Destini Anak Bangsa’.

Uitm adalah salah satu universiti yang tidak menafikan hak kelompok lain dengan dengan memberikan sepenuh perhatian dalam meningkatkan taraf hidup pelajar dan juga taraf pendidikan”, jelasnya.

Ujarnya lagi, pelajar UiTM digalakkan untuk bergaul dengan bangsa lain dengan mengadakan program merapatkan hubungan silaturahim dengan bangsa lain, contohnya kerjasama bersama Kolej UTAR dan melawat rumah orang tua bangsa Cina. Kejayaan daripada program ini bukti kebolehan pelajar UITM.

“Anak bangsa harus bersatu demi memajukan negara,demi melindungi transformasi negara dan hak melayu dimana UiTM sememangnya telah memainkan peranan dalam konsep 1Malaysia, namun UiTM tetap hak Bumiputera," jelasnya.

Katanya lagi, pensyarah memainkan peranan di luar negara dengan membawa nama UiTM ke antarabangsa. Maka pensyarah tidak terkecuali dalam mengubah atau membuat transformasi pendidikan dari segi mengubah teknik pengajaran yang lebih mencabar dan mereka sendiri harus menjalani krusus perubahan”.

Jelasnya lagi, UiTM Berjaya membuktikan berlakunya transformasi pendidikan dalam memajukan anak bangsa dalam pendidikan yang tinggi dan berkebolehpasaran dalam sektor industri di dalam dan luar negara.

“Sumber manusia adalah asas utama pembangunan negara berteraskan ekonomi dan pengetahuan apabila Kementerian Pelajaran mengharuskan transformasi besar-besaran untuk mengalihkan perhatian kepada pembangunan ihsan yang lebih menyeluruh”, katanya.

Menurut panel kedua, DR. Hoo Ke Ping, Pensyarah Pusat Latihan Lead, transformasi pendidikan bergantung kepada kestabilan politik dan ekonomi dan RMK ke-10 ini dapat mengukuhkan kerajaan dan politik.

Beliau mendapati juga transformasi pendidikan akan mengambil masa yang panjang untuk mengubah graduan, malah dari sudut transformasi mengambil masa sepuluh tahun dan modal wang tidak cukup untuk melaksanakan transformasi. Wang kena ada dan ekonomi harus kuat dalam melaksanakan transformasi pendidikan negara katanya. harus diiringi juga oleh matlamat kerana pendidikan bukannya perniagaan.

“Transformasi pendidikan negara sebenarnya mampu dilakukan jika mengikut perancangan yang betul dan bukan dengan memperlekehkan perancangan yang ditetapkan”, jelasnya.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger