SHAH ALAM: Undang-undang baru yang digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Akta Buang Daerah, akan mengambil kira keseimbangan di antara hak asasi manusia dan keselamatan negara.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata dua akta baru itu akan membabitkan undang-undang bagi kesalahan jenayah dan peruntukan untuk menangani kegiatan keganasan serta subversif.
Untuk tujuan itu, katanya, beliau dan satu jawatankuasa yang terdiri daripada pakar perundangan dari dalam dan luar negara sedang mengkaji undang-undang terbaik bagi menggantikan dua akta itu.
Menyifatkan pengumuman itu sebagai tepat pada masanya jika Malaysia mahu menjadi sebuah negara yang maju, beliau berkata, negara ini tidak akan berada dalam keadaan darurat.
“Undang-undang boleh digubal mengikut Fasal 149. Tidak payahlah undang-undang itu dibuat mengikut Fasal 150 iaitu Pengisytiharan Darurat.
“Itulah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kata, kita akan gubal undang-undang, satu untuk jenayah serius dan satu lagi undang-undang untuk terrorisme serta subversif,” katanya pada sidang media selepas Syarahan Umum bertajuk The Current Issues on Preventive Laws di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, semalam.
Abdul Gani berkata, walaupun ada pihak bimbang apabila ISA dimansuhkan, perkara itu bukan sesuatu yang berat berikutan Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan tidak dimansuhkan.
Katanya, jika berlaku keadaan tertentu yang memerlukan perintah darurat, Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan tempoh darurat.
Beliau berkata, jawatankuasa yang terbabit dalam penggubalan dua rang undang-undang itu akan turut dianggotai tiga bekas Ketua Hakim Negara, dua peguam bela berpengalaman, pakar undang-undang dari Amerika Syarikat yang terbabit dalam penggubalan Akta Patriot, pakar undang-undang dari negara Eropah serta negara Komanwel.
Katanya, pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) serta agensi kerajaan juga bakal diambil kira sebelum pandangan umum dinilai bersama

0 comments:
Post a Comment