SHAH ALAM – “Pihak kami terbuka untuk membantu segala masalah yang dihadapi oleh pelajar, serta sentiasa mencari idea untuk merapatkan hubungan di antara pelajar,” ulas Amizar Hj. Mohd. Amin, Penasihat Non Resident (NR) Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau tidak menafikan, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menipu pelajar UiTM terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali mencari rumah sewa.
Isu penipuan ini menjadi-jadi apabila semakin ramai pelajar mengambil jalan mudah untuk menyewa rumah melalui iklan-iklan yang ditampal di tempat tunggu bas terutamanya.
Selain bertindak membantu pelajar untuk mendapatkan rumah sewa, unit ini turut bertanggungjawab membantu daripada sudut kebajikan, keselamatan pelajar serta penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar.
Ditanya mengenai masalah sosial pelajar seperti isu bersekedudukan, dadah mahupun berkhalwat, beliau tidak menafikan pernah menerima aduan tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan maklumat pemberi tidak lengkap, serta alamat yang diberi turut salah.
Beliau berpendapat seharusnya semua ahli yang tinggal di dalam rumah sewa itu harus peka dengan keselamatan tempat tinggal mereka.
“Sikap menjaga keselamatan rumah itu tidak dipandang berat oleh segelintir pelajar. Mereka seharusnya menukar tombol pintu serta mangga pintu besi setiap kali teman serumah berpindah keluar dengan keizinan tuan rumah.
“Cara ini turut disarankan oleh pihak polis di sini,” ulas beliau sambil menambah bahawa unit ini bekerjasama dengan pihak polis, bomba dan hospital untuk kebajikan pelajar.
Unit NR juga menyediakan kemudahan-kemudahan untuk kegunaan pelajar antaranya mesin basuh, perkhidmatan internet, pusat komputer, serta beberapa lagi kemudahan lain.

0 comments:
Post a Comment