KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Lebih 200 peserta dari 19 pasukan mewakili pelbagai organisasi media dijangka menyertai Sukan Media-Majlis Sukan Negara (MSN) kali keempat mulai Sabtu ini.
Pegawai Perhubungan Awam MSN, Mohd Fahmi Omar berkata ia merupakan aktiviti penutup tirai bertujuan merapatkan hubungan dan kerjasama antara wartawan dan jurugambar sukan, dan pegawai MSN serta penaja.
"Mereka sering membantu kita dalam membuat liputan pelbagai acara sukan dan majlis anjuran MSN. Oleh itu, inilah masanya untuk wartawan sukan menunjukkan bakat dan kemahiran bersukan," katanya kepada pemberita di pejabat MSN di sini.
Mohd Fahmi berkata temasya itu membabitkan tiga jenis sukan iaitu badminton, tenpin boling dan bola sepak lima sebelah. Selain itu, MSN buat julung kalinya akan menganjurkan pertandingan karaoke individu terbuka dengan bayaran RM10 seorang sebagai acara sampingan.
Pertandingan tenpin boling dan karaoke masing-masing akan berlangsung di Megalane Endah Parade, Seri Petaling, dan Dewan Komanwel, MSN.
Acara badminton akan diadakan pada 10 Dis di Gimnasium 2, MSN manakala bola sepak lima sebelah di Padang Turf MSN keesokan harinya.
Setiap pasukan media dibenarkan menghantar 17 peserta. Tarikh tutup penyertaan ialah pada Jumaat ini.
-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment