KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Adalah tidak berfaedah bagi wartawan muda melakukan sesuatu (menulis berita) secara tidak jujur atau tidak profesional semata-mata kerana mahu mendapatkan sanjungan sementara, kata Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong.
Kepercayaan adalah amat penting dan seseorang wartawan tidak saja perlu mendapatkan kepercayaan dari sumber berita serta khalayak mereka tetapi juga rakan setugas, kata beliau.
"Dalam profesion kita, kebolehan, kepercayaan, kredibiliti dan integriti adalah bahan amat bernilai.
"Kita perlu mendapat kepercayaan sumber berita dan khalayak kita dengan kemampuan menjadi orang yang boleh dipercayai pada cara kita menyampaikan berita," kata beliau dalam ucapan pada penutupan Fellowship Kewartawanan Antarabangsa (IJF) di sini Jumaat.
Ucapan beliau dibacakan oleh T. Selva, Ketua Editor Berita Star Publication (M) Bhd.
Yong berkata pada hari ini, wartawan menghadapi banyak cabaran termasuk informsi di jaringan media sosial.
Namun wartawan profesional tidak perlu bimbang tentang peranan mereka diambil alih oleh wartawan awam oleh kerana mereka mempunyai kelebihan dalam menyampaikan apa yang benar.
"Malah, kita memerlukan "scoop" demi membuktikan kebolehan kita, tetapi perlu melakukannya secara terbuka," kata beliau.
Sembilan peserta dari Malaysia, Filipina, Brunei Darussalam, Indonesia dan Namibia mengikuti program empat minggu itu anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang bermula 1 Nov.
Selain kewartawanan asas, program itu turut mendedahkan peserta kepada kewartawanan penyiaran, kewartawanan multimedia, etika dan undang-undang media, liputan berita agama, pengumpulan kandungan dan kewartawanfoto.
-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment