Home » » Kejohanan paintball terbuka Kolej Meranti

Kejohanan paintball terbuka Kolej Meranti

Written By Jurnalis Shah Alam on Friday 9 December 2011 | 9.12.11

Shah Alam – Pertandingan Paintball anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Meranti, Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetap diteruskan walaupun cuaca pada awalnya hujan.

Pertandingan paintball yang diadakan di Paintball Valley, Bukit Cerakah disertai oleh sembilan kumpulan yang mewakili fakulti dan juga kolej.

Acara yang bermula pada pukul 9 pagi telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Meranti, Ahmad Azahari Mohd Nazar dan turut dihadiri oleh Yang DiPertua (YDP) bagi setiap kolej dan Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej.




Menurut Jawatankuasa Perwakilan Kolej yang juga urusetia pertandingan, Mohd Izham Abdullah (gambar), pertandingan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan di luar kawasan UiTM.

“Pertandingan ini terbuka penyertaannya kepada semua kolej petempatan, fakulti dan persatuan dalaman UiTM,” ujar Izham.

Tambahnya lagi, ramai peserta yang menarik diri pada saat akhir, namun itu bukan penghalang bagi pihaknya meneruskan pertandingan paintball yang dirancang.

Pertandingan tetap sengit walaupun hanya sembilan kumpulan yang mengambil bahagian pada pertandingan tersebut.

Johan pertandingan bagi bahagian lelaki dimenangi oleh wakil Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR), kedua dan ketiga dimenangi wakil dari kolej Meranti.

Manakala bagi bahagian wanita johan dirangkul oleh pasukan dari Kolej Seroja, kedua dari Kolej Teratai dan ketiga dari Kolej Delima.
Pertandingan paintball berakhir pukul 5 petang dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang disampaikan oleh Pengetua Kolej Meranti sendiri.
Share this article :

1 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger