SHAH ALAM: Kerjasama antara pihak Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Jawatankausa Perwakilan bukan residen (JPNR), kolej Teratai, Perindu, dan Jati telah menjayakan Bengkel Makanan dan Sembelihan yang mendedahkan para pelajar cara penyembelihan ayam yang betul.
Acara yang julung kali diadakan bertujuan untuk mendidik para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkaitan dengan cara betul penyembelihan disamping menekankan aspek halal itu telah berlangsung di Tapak Sembelihan Korban UiTM Shah Alam.
Hampir 100 orang pelajar termasuklah peserta siswi menunjukkan minat yang mendalam dan telah memberikan kerjasama selama kira-kira empat jam yang berlangsung dari jam 8.30 pagi dan berakhir 12.30 tengahari itu.
Menurut Imam Kanan Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku mizan Zainal Abidin, Ustaz Johari Buddin yang turut menjadi penceramah undangan pada hari itu, bengkel ini bukan sahaja untuk mendedahkan pelajar kepada cara penyembelihan secara halal dan selamat, malah untuk mendalami isu-isu yang berkaitan isu halal yang sering kali dibangkitkan pada hari ini.
“Kita seringkali menganggap hanya khinzir dan arak sahaja makanan yang haram untuk dimakan, tapi kita mesti ingat bahawa makanan yang diambil bukan sahaja wajib datang dari sumber yang halal, malah makanan tersebut perlulah bersih dan selamat untuk dimakan,” ujur beliau lagi.
Tambah Johari, umat Islam seharusnya peka ke atas makanan yang diambil supaya ianya dijamin halal, bersih lagi selamat.
“Umat Islam kini tidak mengambil berat terhadap isu halal, mereka menganggap sebarang makanan yang bertanda halal adalah halal sepenuhnya tanpa memastikan kesahihannya, bertanggapan semua kedai yang bertuankan orang Melayu atau warga Indonesia adalah halal dan mereka turut mengamalkan sikap tidak peduli terhadap kebersihan dan keselamatan makanan tersebut,” tegas Johari.

0 comments:
Post a Comment