SHAH ALAM – Program Well X8 anjuran pelajar semester ketiga jurusan sains sukan, Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi telah berlansung dengan jayanya.
Program Well X8 dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Prof Madya Hanafiah Abidin yang turut sama menjayakan aerobik pada malam itu.
Program yang berlangsung di dewan pusat sukan Universiti Teknologi Mara, UiTM mensasarkan penyertaan bukan sahaja dari pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi sahaja tetapi dari seluruh UiTM.
Mengikut ketua projek Bashtiah Nahru Khair, ia adalah program wajib bagi setiap semester dan mereka melakukannya untuk memenuhi tuntutan subjek semester ini.
“Kami telah merancang semua ini dari awal semester kerana terlalu banyak kerja harus dilakukan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan semua berseronok sambil bersenam pada malam ini” kata ketua projek, Bashtiah Nahru Khair.
Well X8 dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan mass aerobik kepada umum dan mendapat penyertaan lebih dari 100 orang pelajar walaupun keadaan hujan pada malam itu.

0 comments:
Post a Comment