Home » » UiTM Sarawak Juara Debat Piala Naib Canselor2011

UiTM Sarawak Juara Debat Piala Naib Canselor2011

Written By Jurnalis Shah Alam on Thursday, 8 December 2011 | 8.12.11

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak telah muncul juara dalam Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2011 bagi kategori bahasa Melayu selepas berjaya menewaskan pasukan UiTM Shah Alam pada pusingan akhir yang berlangsung di Dewan Sri Budiman pada 1 Disember lalu.

Tajuk perbahasan “Teknologi Bioteknologi Dapat Mengatasi Krisis Kebuluran” telah melayakan UiTM Sarawak sebagai johan perdebatan itu lantas meletakkan UiTM Shah Alam di tempat kedua.

Bagi Kategori bahasa Inggeris, UiTM Kampus Bandaraya Melaka diumumkan juara dengan tajuk perbahasan “This House believe all Malaysian University should provide smoking area for Student and Staff” menewaskan UiTM Shah Alam Dua.

Pertandingan Akhir Debat Piala Naib Canselor yang bertemakan “Transformasi Minda Siswa”, merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Kelab Debat Bahasa Melayu dan Inggeris UiTM. Perdebatan bahasa Inggeris mengikut format Parlimen Britain dan bahasa Melayu mengikut perdebatan debat ala Parlimen Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Dato’ Prof Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jurnalis Shah Alam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger