PENDEBAT, Nor Adibah Rozain dari Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam (kiri) membentangkan usul pada sidang ke-173, Laman Sosial: Pembunuh pada Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti anjuran Utusan di UiTM, Shah Alam, semalamJumlah tersebut mewakili 61.7 peratus daripada bilangan peserta keseluruhan seramai 1,063 orang setakat sidang ke-173 yang berlangsung di Anjung Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Peserta lelaki yang mengambil bahagian berjumlah 407 orang atau sebanyak 38.3 peratus.
Penuntut UiTM, Nor Aqida Jeffridin, 19, berkata, fenomena ini berlaku kerana bilangan pelajar lelaki sememangnya kurang berbanding pelajar wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada awam mahupun swasta.
"Mungkin juga pelajar lelaki lebih rasa malu berbanding kaum wanita yang bersuara lantang untuk menyuarakan pendapat mereka dalam sesuatu isu," katanya.
Bagaimanapun, ujarnya, kualiti perbahasan di kalangan pelajar lelaki adalah lebih baik berbanding wanita dan mereka mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.
Terdahulu, Nor Aqida yang mewakili kumpulan pencadang telah berdebat dengan pembangkang pada sidang ke-171 dengan tajuk perbahasan Subjek Sejarah Mampu Memantap Jati Diri Pelajar.
Pada sidang tersebut, kesemua ahli kumpulan pencadang dan pembangkang terdiri daripada wanita.
Program Debat 211 Jam anjuran UiTM dengan kerjasama Kumpulan Utusan ini disertai pelajar IPT, sekolah dan maktab perguruan dari seluruh negara.
Dalam pada itu, perdebatan akan diteruskan lagi bagi menamatkan tempoh 211 jam yang dijangka berakhir esok (Sabtu) pukul 4 pagi untuk mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBR).
Rekod debat MBR paling lama ialah selama 100 jam, 10 minit dan 44 saat yang juga dicipta oleh penuntut UiTM pada 2006. -Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment